PEJUANG YANG SATU

Views

HARI INI TIADA SENDA DALAM BICARA
DERU AIR MATA MERUPAKAN SEGALANYA
SANG HATI BICARA SENDIRI
BANGUNKAN UMMAH BINA GENERASI

DI BUMI YANG BERTUAH INI
DIRIKU MULA MENGENALI
MATLAMAT HIDUP SEBAGAI ABDI
KEPADA ALLAH,ALLAHU RABBI

DIRIKU KINI SEBEBAS UNGGAS !
TERBANG RIANG DI ANGKASA RAYA
MENYANYI MERDU IRAMA KALBU
INDAHNYA OH....INDAHNYA

WAHAI TEMAN SEPERJUANGAN
USAH DIGENTAR MUSUH DI HADAPAN
PANDANGLAH DI DEPAN BALASAN TUHAN
SYURGA FIRDAUS MENANTI KALIAN

KUTIPLAH MUTIARA,MUTIARA INDAH
UNTUK BEKALAN DIRI BERPINDAH
SEBELUM JEJAK KAKI MELANGKAH
SEBELUM PENYESALAN MEMBAWA PADAH


P/S:Masih ingatkah lagi teng dan aqila....bait2 puisi ini????

-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~

ILMU DUNIAWI

Views Aha..ilmu ini lagi menarik dan mempesona manusia.Manakan tidak kerana menerusi ilmu duniawi,manusia bebas melakukan ape sahaje.Kerana ade ketikanye ilmu dunia menghalalkan ape sahaje matlamat,atau dalam erti kate lain yang haram menjadi halal.


      Oh,alangkah malangnya kalau begitu.Ini bermakne kite bebas bertindak apa sahaja kerana ilmu dunia tidak akan mengehadkan pergerakan tingkah laku manusia.Maka,berbondong-bondonglah masyarakat masuk pertandingan nyanyian boleh membaw menjadi kaya,menjadi glamour juga.Maka hari ini setiap saluran TV menganjurkan pertandingan nyayian berbentuk program realiti dengan hasrat memberi panduan dan pengajaran tentang ilmu nyanyian,ilmu lakonan yang sesungguhnya merupakan ilmu duniawi yang dapat menimbun kekayaan seseorang.



     Ilmu duniawi juga tidak mendidik manusia memilih dosa atau pahala menyaring baik atau buruk,dan mengetahui syurga atau neraka.Secara umumnya ilmu duniawi mengajar manusia lupa diri,tiada maruah diri,lupa agama,tiada malu melakukan mungkar,lupa adb santun,tiada gentar langgar syariat islam.Maka jadilah manusia itu dungu,tuli,buta,dan bisu dengan apa sahaja yang bernama kebaikan dan makruf.Segala apa yang bernama keseronokan boleh dibeli dengan wang,segala ape yang bernama nafsu serakah boleh dibayar dengan duit,segala ape yang bernama noda boleh disenyumsimpulkan sahaja.Itulah ilmu duniawi yang tidak langsung memandang tentang iman,islam,dan ihsan......



                            

-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~

KAKTUS PERSAHABATAN

Views
Kutinggalkan kaktus ini khusus untukmu
dengan pesanan:ia mudah hidup
biarpun berhari-hari kubiarkan tuntas
ia akan tetap besar dan bercambah
kerana ia akan belajar bernafas dari gersang tanah
asalkan setiap kali kaumelintasi
lemparkan senyumanmu disini
tahulah aku,kau sayang padenye
kuhadiahkan kaktus yang masih kecil ini kepadamu
peliharalah dengan kemanjaan dan perhatian
berikan ia pasu baru bile tiba waktu
ia akan remaje dan dewasa
tajam durinya lambang kemurniaan hatimu
sahabat kalu kaktus itu aku
sudikah kausenyum dan tukarkan pasu?
sedangkan kau tahu duriku
akan melukakan jarimu
lalu tidak lagi kurasakan sentuhan
yang tinggal mungkinlah perhatian
menjadi baja menyuburkan ingatan
JANGAN JADIKAN PERSAHABATAN SEUMPAMA KAKTUS YANG GERSANG
MANFAATKAN HARI MUDAMU!!!!


REMAJA HARAPAN!MANFAATKANLAH HARI MUDAMU.SELINGKAR KISAH DALAM KEHIDUPAN,CELUPKAN IA MENJADI KAIN BERWARNA AGAR CORAKNYA DAPAT DISESUAIKAN DALAM APA JUA SUASANA.NESCAYA,REMAJA TAHAN DIUJI,REMAJA TIDAK MUDAH RAPUH BILA DIGERTAK APA JUA YANG MENDATANGI.
MAKA SAYA KIRE PEPATAH ARAB INI WAJAR DIRENUNG BERSAMA: "AGAMA MENJADI SENDI HIDUP,PENGARUH MENJADI PENJAGANYA.KALAU TIDAK BERSENDI,RUNTUHLAH HIDUP DAN KALAU TIDAK BERPENJAGA,BINASALAH HAYAT.KERANA ORANG YANG TERHORMAT ITU,KEHORMATANNYA ITULAH YANG MELARANGNYA BERBUAT JAHAT,MUDAH-MUDAHAN SEGALE PERGERAKAN DIRESTUINYA".
BEBASKAN DIRI DARIPADE BELENGGU,BEBASKAN DIRI DARIPADA KEMELUT RAGU2 BEBASKAN DARIPADA RASA KELIRU PACAKKAN TIANG mahu + tahu = amal, INSYA-ALLAH RUANG MERDEKA ITU MILIK SEMUE!


-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~