ILMU DUNIAWI

Views Aha..ilmu ini lagi menarik dan mempesona manusia.Manakan tidak kerana menerusi ilmu duniawi,manusia bebas melakukan ape sahaje.Kerana ade ketikanye ilmu dunia menghalalkan ape sahaje matlamat,atau dalam erti kate lain yang haram menjadi halal.


      Oh,alangkah malangnya kalau begitu.Ini bermakne kite bebas bertindak apa sahaja kerana ilmu dunia tidak akan mengehadkan pergerakan tingkah laku manusia.Maka,berbondong-bondonglah masyarakat masuk pertandingan nyanyian boleh membaw menjadi kaya,menjadi glamour juga.Maka hari ini setiap saluran TV menganjurkan pertandingan nyayian berbentuk program realiti dengan hasrat memberi panduan dan pengajaran tentang ilmu nyanyian,ilmu lakonan yang sesungguhnya merupakan ilmu duniawi yang dapat menimbun kekayaan seseorang.



     Ilmu duniawi juga tidak mendidik manusia memilih dosa atau pahala menyaring baik atau buruk,dan mengetahui syurga atau neraka.Secara umumnya ilmu duniawi mengajar manusia lupa diri,tiada maruah diri,lupa agama,tiada malu melakukan mungkar,lupa adb santun,tiada gentar langgar syariat islam.Maka jadilah manusia itu dungu,tuli,buta,dan bisu dengan apa sahaja yang bernama kebaikan dan makruf.Segala apa yang bernama keseronokan boleh dibeli dengan wang,segala ape yang bernama nafsu serakah boleh dibayar dengan duit,segala ape yang bernama noda boleh disenyumsimpulkan sahaja.Itulah ilmu duniawi yang tidak langsung memandang tentang iman,islam,dan ihsan......



                            

-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~

0 kate-kate:

Post a Comment

Tinggalkan satu komen kat sini pown jadilah ye??sayang awak sume!!hee~