MUTIARA RENUNGAN UMMAH

Views
UMAT ISLAM MESTI BERILMU BUKAN HANYE MENUNGKAT DAGU
UMAT ISLAM MESTI BANYAK MEMBACA BUKAN MELIHAT ORANG BACA
UMAT ISLAM MESTI BERDAKWAH BUKAN HANYE PANDAI MENYALAH
UMAT ISLAM MESTI BERMARUAH BUKAN BERBANGGA DI BUMI BERTUAH
UMAT ISLAM MESTI MENJAGE WAKTU BUKAN MEMBAZIR WAKTU
UMAT ISLAM MESTI KAYE JIWA BUKAN KAYA HARTA
UMAT ISLAM MESTI BEKERJA KERAS BUKAN PEMALAS
UMAT ISLAM MESTI MERENUNG BUKAN TERMENUNG
UMAT ISLAM MESTI MENGKAJI BUKAN BERANGAN TIDAK BERERTI
UMAT ISLAM MESTI BERHATI HATI BUKAN MEMBUTA TULI
UMAT ISLAM MESTI DISEGANI BUKAN DITAKUTI




UMAT ISLAM MESTI BERSATU HATI BUKAN HASAD DAN DENGKI
UMAT ISLAM MESTI BERPOLITIK BUKAN MAIN MAIN POLITIK
UMAT ISLAM MESTI MENANG BUKAN KALAH DALAM PERJUANGAN
UMAT ISLAM MESTI MENSYUKURI BUKAN KUFUR NIKMAT
UMAT ISLAM HANYA BERPANDUKAN AL-QURAN,HADIS,QIAS,IJTIMA' DAN IJTIHAD,KELAK KITA TERSELAMAT DUNIA AKHIRAT....

-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~

PERSAMAAN MANUSIA DENGAN ALAM

Views
Dikatakan bahawa susunan falak dan buruj adalah seperti susunan manusia.Sebagaimana FALAK dibahagi menjadi DUA BELAS buruj,maka MANUSIA juga mempunyai DUA BELAS lubang;iaitu dua lubang mata,dua lubang hidung,dua lubang telinga,dua lubang jalan kekotoran,dua buah dada,satu mulut dan satu pusat.ENAM BURUJ dari sebelah utara dan enam buruj lagi dari sebelah selatan.


      Demikian juga pada manusia ENAM LUBANG ada di sebelah kiri dan enam lubang lagi di sebelah kanan.Apabila dalam FALAK ADA TUJUH BINTANG,akan dalam tubuh manusia juga ADA TUJUH KEKUATAN.Iaitu pendengaran,penglihatan,perciuman,perasaan,penyentuhan,pemikiran dan pembicaraan.
Kerana itu maka gerak manusia adalah gerak daripada bintang-bintang.
Lahirmu seperti terbitnya dan matimu seperti matinye.
Ini adalah perumpamaan dengan alam raya yang ada di atas.
      
            Ada pula perumpamaan dengan alam bawah,maka jasadmu seperti bumi,dan tulangmu seprti gunung,otakmu seprti lombong,keringatmu seperti parit-parit,dagingmu seperti debu,rambutmu seperti pohon-pohon,mukamu seperti Masyrik(timur),punggungmu seperti Maghrib(barat),kananya seperti selatan,kirinya seperti utara,jiwamu seperti angin,kata-katamu seperti hujan,marahmu seperti mendung,tidurmu seperti mati,jagamu seperti hidup,mudamu seperti musim panas,dan masa tuamu seperti musim hujan.


         Maka Maha Berkah Allah S.W.T. dan Dia Sebaik-baik Pencipta.Dan Dia telah menciptakan tangan yang ada di dalamnya tiga puluh lima tulang dan pada telapak kaki demikian juga.
                   "Ya Tuhanku,apa yang ternyata menjadi nikmat buat diriku,atau buat siapa saja makhluk-Mu,                  itu adalah dari hadrat-Mu semata-mata Yang Tunggal tanpa sekutu,maka bagi-Mu segala pujianku danBagi-Mulah segala rasa syukur."

-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~

SEPULUH JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

Views
SUFYAN ATHSAURI berkate:

sepuluh macam dari kekejaman ialah:

  • seorang yang berdoa untuk dirinye sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknye dan kaum mukmin.
  • seorang yang pandai membace AL-QURAN,tetapi tiap harinye tidak membace 100 ayat.
  • seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat(SUNAT TAHYATUL-MASJID)
  • seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
  • seseorang yang sampai di sebuah kota pada hari jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
  • seseorang yang di daerahnye didatangi oleh seorang alim,tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
  • dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyekan nama kawannye itu.
  • seorang diundang pade jamuan tiba-tiba tidak datang.
  • pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
  • seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetanggenye lapar,tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
    HADIS RIWAYAT AL-KHATIB,RASULULLAH S.A.W. BERSABDA:      "Aku dibangkitkan dengan(membawa) agama yang lurus lagi mudah(ringan) dan barangsiapa menyalahi akan sunnah ku maka ia bukanlah ia daripadaku"





    -Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~