Aku mencintaimu kerana-Mu :'(

Views
Assalamualaikum akhi wa ukhti.Alhamdulillah ana kembali dengan coretan penuh cinta padaNya.hati penuh tautan kepadaNya.Alhamdulillah.syukur tiada kata.hanya rasa cinta yang mampu membuktikan ana terlaloo bersyukur atas segala nikmat yang telah dianugerahkan hingga ke hari ini yang tiada terputus walau sesaat pown.Allahurabbi :'( ape yang boleh ana ungkapkan Allah I NEED YOU !!!!!!!

                  

Ana belum terlambat kan akhi wa ukhti untuk ucapkan SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI.maaf dari pihak ana seandainya selama ana berblogging penuh kata nista yang menyakitkan hati akhi wa ukhti semua.Mohon dimaafin ye?hee.Akhi,ukhti ana terasa Allah itu terlaloo baik dengan kita semua kan3?tak dinafikan dalam setiap detik dalam setiap saat Allah sentiasa baik dengan kita.Ana terlaloo sedih membayangkan betapa Allah tak pernah sekali pown berniat kejam dengan kita.Allahurabbi :'( ampunkan ana ya Allah.sahabat2 ana juga ya Allah.Ampunkan kami ya Allah :'( Tuhan kadang2 ana malu dengan setiap apa yang telah Engkau kurniakan buat diriku.tapi diri ini tak lepas dari terus berbuat dosa kepadaMu.sedikit pown ana tak pernah membahagiakan Engkau ya Rabbi.kalau ada pown dari ana amatlah sedikit sekali.ya Allah :'(coretan kali ini sahabat,ana tujukan buat semua yang mengungkapkan kata-kata cinta buat diri yang hina lagi kerdil ini. Ini bukan sekadar kata-kata agar kamu jatuh hati padaku, namun ini adalah kejujuran ana. Mengapa ana berkata seperti ini? Kerana ana menyukai orang-orang yang mencintaiNya.yang mencintai RasulNya.dan denganmu kuharap keteguhanmu akan dapat mengajak ana untuk semakin mencintaiNya.Ana merindukanmu kerana Allah.Ini bukan untaian rahsia dalam hati ana untuk memikatmu. Mengapa ana berkata seperti ini? kerana ana tahu mengucapkan ikrar suci itu menyempurnakan hidup ana. Dan pernikahan adalah sunnah Rasullullah dan


                                                            
Rasulullah adalah kekasih Allah. Cinta adalah anugerahNya yang ditumbuhkan di hati orang-orang yang dikehendakiNya. Bagaimana ana tidak merindukan kehadiranmu wahai insan yang bernama kekasih to come in my life ??Ana menunggumu kerana Allah.Ini bukan rajutan perasaan untuk sebuah penantian.Mengapa ana berkata seperti ini? Kerana ana tahu, diri ana terlalu banyak kekurangan..dan kerananya aku memerlukan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hati ana yang tegas untuk menguatkan hati ana yang lemah dengan izinNya.Ana tahu terlalu banyak yang harus ana perbaiki.kerananya,ana menunggumu untuk menjadi pendamping hidup ana.untuk lebih mengajar ana dengan sabar hingga kenikmatan iman ana terhadapNya semakin dalam dengan izinNya.di setiap hariNya untuk selama-lamanya.Amin.Ana tahu, dalam hati ana,ana tak ingin hidup sendiri, kerananya, ana berharap Allah menganugerahkan pada ana seorang teman untuk berkongsi banyak hal dan menerima apa adanya diri ana beserta keluarga ana..Wahai insan bernama kekasih bila Engkau benar-benar ada dalam hidup ana.semoga Allah memantapkan hati kita dan mendekatkan kita di jalan yang lebih Ia Redhai.Amin...Ana mencintaimu kerana Allah.Inni Uhibbuka Fillah.Ana merindukanmu kerana Allah dan ana menunggumu kerana 

                                                             
Allah... di raga manakah jiwamu bersemayam?Dari sini ana menatap jejakmu dengan raga yang menari bersama angin...di antara gemuruh ombak kerinduan ana.Rasakan getar ana... yang membiarkan selarik bintang menemanimu serta untuk menjemput ana.meski mungkin tak ada peta yang bisa dirimu genggam... izinkan bisik hati ana sebagai petunjuk arahmu dengan izinNya... Ya Rabbi.redamkanlah rindu ana di jalan yang terbaik menurut Engkau untuk dunia dan akhirat ana. Amin. :)Bila sahabat dan teman tak lagi cukup untuk menemani kehidupan ana.maka hari itu adalah yang ana tunggu... apakah dia, jawapan itu???hee :)dan inilah dari lubuk hati ana :) 

                                                                

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa.entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU betapa tak  ada apa-apanya aku dihadapanMU aku ingin mencintaiMUsetulusnya,sebenar-benar aku cinta dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi !!!!!!!!!!!!

-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~

24 jam amalan nabi..jum2~

Views
Assalamualaikum sahabat blog ana semua..kaifa haluka??Alhamdulillah ana bikhair.hehe.ana pulak yang jawab ye.takpela.bagi pihak antunna semua buleh kan?hmm.ok baiklah lame ana tak share ilmu dengan sahabiah2 ana nie.baiklah ana ingat nak share ape ilmu yang ana ade nie.jum sahabat ana syg ana nak cite ape die sebenarnya amalan 24 jam nabi kita yang telah lame meninggalkan kite.semalam bile ana baca ana kate pade diri ana sendiri "ya Allah kenapelah ana tak pernah nak alert tentang amalan nabi sebelum2 nie.sungguh ana menjadi orang yang rugi sebelum nie.ampunkan ana ya Rabbi".jadi sahabat ana syg jangan jadi org yang rugi macam ana.jum kite same2 lakukan amalan2 nabi kite MUHAMMAD S.A.W tande kite kasih dan cinta kepadanya.jum2~

  • bangon tidur :- bersihkan muka dengan cara mengusap tangan ke wajah dan bace doa bangun tidur dan terus bersiwak ataupun gosok gigi.
  • masuk-keluar bilik mandi :-masuk dengan dahulukan kaki kiri dan keluar dengan dahulukan kaki kanan dan bace doa masuk tandas dan membaca "aku memohon ampunan-Mu ya Allah"
  • wudhu' :-ucap lafaz basmalah,membasuh kedua telapak tangan sebanyak 3 kali,mendahulukan berkumur dan istinsyaq(memasukkan air ke hidung) sebelum membasuh muka,melakukan intintsar (mengeluarkan air dari hidung) dengan tangan kiri,banyakkan berkumur dan beristinsyaq bagi orang yang tidak berpuasa,berkumur dan beristinsyaq dengan memakai satu telapak tangan(maksudnya air yang berkumur tu jugak digunakan untuk beristinsyaq tak perlu amik air baru),bersiwak sewaktu berkumur2,menyelahi janggut yang lebat dengan jari-jari tangan yang basah pada saat membasuh wajah,mengusap kepala(mulai dari kepala bahagian depan sampai ke tengkuk,kemudian ditarik kembali ke kepala bahagian depan)mengusap kepala yang diwajibkan adalah dengan meratakan usapan air ke seluruh bahagian kepala dengan cara apa sekalipun,menyela2 jari-jari tangan dan kaki,menambahkan jumlah basuhan sampai 3 kali ketika membasuh wajah,kedua tangan,dan kedua kaki,melafazkan dua kalimat syahadah selesai berwudhuk,berwudhuk di rumah,dalak(mengusapkan tangan ke bahagian anggota wudhuk bersamaan dengan membasuhkan air atau setelahnya,berjimat cermat menggunakan air,membasuh dengan melebihi batas bahagian yang wajib dibasuh pada 4 anggota wudhuk(dua tangan dan dua kaki),solat dua rakaat setelah wudhuk,menyempurnakan wudhuk.
  • siwak(gosok gigi)
  • mengenakan sandal saat keluar masuk masjid,keluar bilik air,serta keluar menuju tempat kerja dan kembali masuk rumah selepas kerja.
  • berpakaian :-ucap bismillah,pakai baju atau gamis atau kain yang dililitkan ke bahu,atau serban sambil membaca doa memakai baju,mulakan dengan bahagian kanan,melepaskan baju mulakan dengan bahagian kiri
  • masuk-keluar rumah :- dzikrullah(sebut nama Allah)ketika masuk rumah,baca doa masuk rumah "ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikan ketika masuk dan kebaikan ketika keluar.dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar,dan kepada Rabb kami,kami bertawakal",ucapkan salam,bersiwak,bila keluar baca doa keluar rumah "Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah.dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah"
  • bergerak ke masjid :-bertakbir saat pergi,berdoa saat pergi "ya Allah jadikanlah di dalam hatiku cahaya dan pada lisanku cahaya.jadikanlah bagiku dalam telingaku cahaya dan jadikanlah pada mataku cahaya.jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku cahaya.jadikanlah dari atasku cahaya dan dari bawahku cahaya,ya Allah berikanlah aku cahaya",berjalan dengan bersahaja dan tenang,berdoa ketika masuk masjid "ya Allah bukakanlah pintu rahmat-Mu,mendahulukan kaki kanan,maju ke saf yang paling pertama,berdoa ketika keuar masjid "ya ALlah aku memohon kurniaMu",mendahulukan kaki kiri sewaktu keluar masjid,solat tahiyatul masjid.
  • adzan :-mengucapkan kembali seperti yang dikumandangkan oleh muadzin kecuali pade lafaz haiya alas sollah dan haiya alal falaah"mesti mengucapkan "laa haula wala quwwata illaa billllaah",berselawat ke atas nabi setlah selesai menjawab azan,baca doa "Ya Allah,Rabb pemilik seruan yang sempurna dan shalat yang ditegakkan,kurniakanlah kepada Muhammad wasilah dan fadhilah dan bangkitkanlah dia di maqam yang terpuji seprti yang engkau janjikan",kemudian berdoa untuk kebaikan diri sendiri.
  • iqamat
  • menghadap sutrah(maksudnya sesuatu yang diletakkan di depan kite,tak menajdi masalah bila ade yang ingin keluar dari solat untuk lalu di hadapan kita)
  • Solat sunat rawatib
  • solat dhuha
  • solat sunat empat rakaat sebelum solat asar
  • solat sunat sebelum maghrib
  • solat sunat dua rakaat antara azan dan solat         
  • qiam :-solat paling afdhal untuk qiam 11 rakaat atau 13 rakaat,bersiwak dan membaca ayat terakhir surah Ali Imran ayat 190-200,solat ringan sebelum mulakan solat lail(untuk bagi semangat)
  • witir
  • duduk sekejap setelah solat          
  • mengenggam dua lutut dengan dua tangan dalam keadaan jari jemari direnggangkan pada saat rukuk
  • wirid setelah solat
  • amalkan masthurat pagi dan petang
  • ucap salam bila bertemu dengan insan lain dan bersalaman
  • makan :- makan dengan tangan kanan,baca bismillah,ambil makanan yang paling dekat dengan kita,memungut makanan yang terjatuh,makan dengan 3 jari,duduk dengan bersimpuh di atas kedua lutut dan kedua punggung telapak kaki,boleh jugak dengan menegakkan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri,menjilat jari jemari seusai makan,memuji Allah baca doa sebelum dan selepas makan.
  • minum :- baca bismillah,minum dengan tangan kanan,ambil nafas di luar gelas ketika minum maksudnya untuk menghabiskan segelas tu dianjurkan 3 kali,bukan hanya sekali teguk,minum duduk,mengucap alhamdulillah
  • solat sunat di rumah
  • mengakhiri majlis dengan tasbih kafarah
  • sebelum tidur :-baca doa tidur,satukan telapak tangan dan tiup ke tapak tangan sambil bace surah al-ikhlas,al-falaq-an-nas dan sapukan ke seluruh anggota yang sampai,baca ayat kursi,tasbih fatimah,membaca dua ayat terakhir surah Al-baqarah,besrsuci sebelum tidur,tidur dengan mengring ke kanan,meletak tapak tangan ke pipi kanan,kebas tilam sebelum tidur,membaca surah Al-kafirun
  • menghadirkan niat kerana Allah pada setiap amal yang dilakukan
  • biasakan diri dengan pada suatu masa lakukan lebih dari satu ibadat
  • berzikir setiap waktu
  • mensyukuri setiap nikmat2 Allah 
  • khatam Al-quran setiap sebulan


Alhamdulillah selesai jugak ana merungkaikan keseluruhan amalan nabi 24 jam sehari.Alhamdulillah dengan izin Allah insyaAllah marilah same2 kite mengamalkan sunnah nabi kite yang tercinta.insyaAllah.Ameen <3 .="." font="font">
              

-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~