Mahabbah Ala Rasulullah :)

Views
Assalamualaikum dan salam mahabbah akhi wa ukhti.Semalam tengah duduk2 membaca tibe2 mama tanye papa.

Bang,Malam nie abg nak hantar iwan ke??
Ha,buleh je.NAk ikowt??Dengar sekali ceramah Syeikh tu.
Eh,buleh je.Jum2~~

Bile dengar dialog mama dan papa tu ana tutup buku terus gosok baju dan siap2 nak pergi.Mentang2 ke Seremban.Jadi excited la.jauh sikit dari rumah.hehehe.Dari penceritaan abg ana yang selaloo pergi dengar Syeikh tu sampaikan ana jadi bertambah tambah excited dan semacam nak lompat gitu.hehe.tak sabar rasenye nak turut involve dengar.Sampai2 je sana ana tengok ramai je dekat sane.Suasana dekat sana ana buleh kata macam Syurga dunia.hehe.Buleh pulak gitu.Hee.Sebab suasana akhi ukhti semua orang lelaki berpakaian jubah putih.yang perempuannye more kepade baju jubah hitam.Allahu.Nak menangis tengok wajah2 mereka semua putih2 dan suci2 belaka.Rase mereka dekat2 betul dengan Allah.Ana jadi malu dan tertunduk.Malu sesangat walaupun ana berniqab.Tapi ana tahu hati ana tidak seputih dan sesuci mereka.Sedih sekali.Tapi ana bangga ana terpilih untuk sama-sama duduk setaraf dengan mereka walaupun bukan semaqam tapi duduk sama rendah dengan mereka.Dan berdiri sama tinggi dengan mereka.Saat sampai2 tu mmg takde ape yang ana rase melainkan air mata jatuh dengan sendirinye.Ana terkedu,tergamam.ntah camne ek nak describe lagi??Huhu.Masuk je dalam surau tu tibe2 semua pandang ana dengan family ana.Yela betul la tu sebab ana berdiri yang lainnye duduk.mestila mereka2 semua pandang ana.Hehe.Sampai-sampai je dah dengar azan isyak.Kami sampai belum wudhuk lagi.nak wudhuk tapi tak tahu dekat mana tempat ambik air sembahyang.Nak tanye macam malu tapi daripada terlepas solat jemaah nanti baik tanye.hehe.Ana dengan mama pown tanyela seorang muslimah nie.rupa2nya tempat wuduknye dekat dalam surau tu jugak.hehehe.Dah solat isyak selesai semua tibela mase yang ana nanti.Syeikh dari Libya yang berteman dengan Syeikh abg ana.Syeikh nie kan 
sedikit note yang ana buat khas :)                                              
tengok orangnye pown dah Allahurabbi.Berape kali ana ucap SubhanaAllah bile tengok.Hee.dan permulaan kate2nye Allah menusuk hati die buleh kate kami-kami ini tetamu yang dirahmati Allah dan sedang dibelai-belai oleh Malaikat.Allah,Seluruh dewan tu bergema suara Allahuakbar,SubhanaLlah.Meremang seluruh badan,tangan terketar2 dengan laungan tu.Dan syeikh tu terus sambung lagi dengan ceritanya.Sekarang nie saya dah jumpa apa yang saya cari selame ini.Inilah tempatnya dimana seluruh sunnah rasulullah diamalkan disini dan penyebaran ilmu yang cukup mendalam.Penyampaian ilmu bukan sahaja dari sudut pengetahuan tetapi penyampaian dari sudut Akhlak dan tazkiah(pembersihan hati) turut diterapkan.Saya bangga dengan anda semua.Anda membuatkan airmata saya menitis kerana mengenangkan saya pada rasulullah.Andai sahaja rasulullah hidup pada saat ini.pasti Rasululllah bangga dengan anda semua.Sekarang banyak anak-anak muda remaja yang kite lihat ilmu pengetahuan diisi penuh dalam dada tetapi akhlak dan sunnah rasulullah langsung tiade dalam hati mereka bahkan bile kite bertanye tentang sirah rasulullah langsung mereka tidak tahu.Inikah yang dikatakan kecintaan kepada rasulullah.Inikah pengorbanan yang dulunya rasulullah pertahankan dan sampai saat penghujung nyawanya pown menyebut nama kita.Sedih sekali pengorbanan rasulullah sama sekali tidak dihargai.Tidak beriman seseorang itu jika dia tidak meletakkan kecintaan Allah dan rasulullah yang utama.kalau kite benar umat nabi Muhammad letakkanlah asas kecintaan kita kepadaNya dan baginda.Manusia ini ibarat batu pada Allah.Ada yang dihormati dan dimuliakan dan ade yang dilontar kerana keji dan hina.Dihormati ibarat hajarul aswad yang orang sibuk2 untuk menciumnya tak dapat cium cukup dengan melambai.tetapi batu yang dilontar kerana keji dan hina ibarat batu yang dilempar di jamratul aqobah.Melontar kerana mengeji dan menghina syaitan.Macam tula kita diibaratkan kepada Allah.Allah akan memilih seseorang untuk dicintai dan dikasihi,Jadi bersyukurlah anda terpilih oleh Allah.Allahuakbar!!.3 perkara yang menajdi kecintaan Allah adelah rasul,ulama dan ilmu.Bagaimana kita lihat kecintaan Saidina Umar r.a yang mencintai rasulullah.Sadina Umar pernah berkata apalah yang dimuliakan sangat dengan batu hajarul aswad itu sehingga orang sibuk mencium2nya sedangkan batu itu sama sekali tidak bernyawa tetapi kerana cintanya kepada Allah dan rasulullah apabila die lihat rasulullah menciumnya lalu Saidina Umar pown turut menciumnya.Allahurabbi.Sekarang pelajar pelajar belajar hanya sekadar belajar di kelas sahaja.Guru di depan pelajar hanye duduk dengar.Cara penyampaian ilmu yang baik adelah dengan cara musyafahah dan bertalaqqi.Yakni belajar dengan cara duduk berhadapan dengan guru.Belajar secara satu satu dengannya.Bukan dengan cara penyampaian yang sekadar di kelas.Dalam hal atau bab kecintaan,kecintaan ini terbahagi kepada dua yang pertama kecintaan fitrahi dan kecintaan Illahi.Kecintaan fitrahi adelah kecintaan semulajadi yang lahir atau wujud dalam diri manusia yang Allah sampaikan pada setiap yang bergelar manusia.Manakala kecintaan Illahi adelah kecintaan yang utuh atau ketaatan 100% kepada Allah.Kecintaan kepada Illahi hendaklah jauh lebih tinggi dari kecintaan fitrahi.Dan hendaklah kecintaan fitrahi itu berasaskan kecintaan Illahi.Namun hari ni ramai sahaja yang cinta fitrahinya lebih tinggi dari kecintaan kepada Illahi.Sehingga bila seorang anak meninggalkan solat si ayah sama sekali tidak memukul anak kerana cintanya terlaloo mendalam kepada anaknya lebih dari cintanya kepada Allah.Sedangkan dia lupa siapa yang memberi cinta fitrahi(anak) itu kepadanya.Kita lihat sewaktu zaman nabi Ibrahim dan nabi Ismail.Peristiwa pengorbanan.Kenapa Allah menyuruh Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya??kerana Allah tahu nabi ibrahim sangat menyayanginye anaknya nabi Ismail.Lalu Allah berniat untuk menguji dengan menyuruh nabi Ibrahim menyembelih anaknya.Dan disampaikan berita itu kepada anaknya nabi Ismail.Nabi Ismail tidak seperti anak-anak yang lain.Dia sungguh berbeza.Allahuakbar.Die merelakan perbuatan itu kerana dia percaye akan Allah.Lalu saat Nabi Ibrahim ingin menyembelih ternyata ditukarNya dengan seekor kibas.Maka pada hari ini kite disuruh untuk berkorban.Bagi mengingati pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail dan kecintaanye yang tinggi kepada Allah.Allahuakbar.Dan ape yang membuat ana bertambah excited sesangat biile diijazahkan sanad kurma dan air kosong.Dimana dalam dewan tu kena sama-sama makan kurma dan air kosong dan sambil dengar hadis tentang nabi suka menjamu tetamu yang datang ke rumah dengan tamar dan air kosong.Hee.Jadi mungkin itu saje penyampaian yang ana buleh ceritakan dekat sini.Moga anda-anda semua mendapat manfaatnya.InsyaAllah ~~~

-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~

Pelangi Di Petang Hari

Views
Terkadang lain yang diminta lain pula yang mendatang.Itulah perancangan Allah yang tersusun rapi buat semua hambaNya.Namun yakin dan percaya Dia Maha Tahu ape yang terbaik buatmu.Allah's knows everything right?Assalamualaikum dan salam ceria2 dari ana insan kerdil.Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menaip kata-kata cinta kepadaNya.Semoga perjuangan kita semua mendapat redahNya.Allahummasolliala Muhammad Waala alihi wasohbihi wabarik wassalam.Allah..Allah..Masih pagy lagi dekat tempat ana nie tapi dah galak nak bangun nak cergaskan rohani dan jasad.

                                            
Dalam keadaan sedang duduk depan laptop nie sambil makan dan goyang2 kaki sebab makan coklat.lalalala.Ok sebenarnya ana nak bercerita seperti tajuk post ana kali ni.Erm ,dulu ana nekad dengan setiap perjuangan ana.Ana kata takpalah ana merancang dan Allah jua merancang.Tapi perancangan Dia jauh lebih baik dari perancangan ana.Who's knows right?Sekarang ana dah tahu.Kadang2 ana tertanye2 kenape ye jalan takdir hidup ana dicoretkan macam ni dan macam ni tak seperti sahabiah2 yang lainnya.Terkadang sedih selaloo timbul dalam diri bila pergantungan kepada Allah jatuh beribu batu.Allahurabbi.Ok sebelum tu ini kisah nyata.Tapi ana tak nak ini dianggap sebagai satu tanggapan yang negatif buat semua.Ini kisah ana.Ye kisah ana.Dahulunya ana seorang pelajar matrik,bahkan bekas je pown.Ana rase adela sebulan je ana duduk dekat matrik.Tapi gara2 perancangan Allah itu Maha Hebat jadinye ana kenalah ikowt perancangan Dia.Hehe.Ditakdirkan ana keluar dari matrik kerana keadaan rohani yang membuat ana terpakse keluar dari “rumah” itu.Cukup ana katakan ana ade masalah di situ.Ana tak nak cerita lebih lebih.Cukup sekadarnya sahaja.Ok bila terpakse keluar mula rasa sedih lantaran diri tak cukup kuat bila melihat rakan rakan yang lainnya sihat walafiat dapat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan happy2 sekali.Hari hari nangis seolah olah mahu sahaja menolak takdir.Tapi inilah yang dikatakan Suratan Takdir.Ramai yang menyangka ana keluar dari situ atas alasan ana tak buleh nak bawak pelajaran dekat matrik.Takpela kalau mereka menyangka begitu dan ramai yang melafazkan kata-kata Ya Allah,sayangnye..Kenapela keluar.Tak buleh ke tahan sikit.Wow,menusuk2 ayat tu dalam jiwa.Ana cuma kata ketentuan Allah.hee.Setelah 3 bulan penyakit yang ada didapati sembuh sedikit demi sedikit tiap tiap hari ana paksa mama carikan ana tempat belajar.Tiap-tiap hari ana menangis sebab ana tak dapat belajar.Ya Allah ingat balik saat tu rasa tak mau lagi perkara tu berulang dalam hidup.Sakit sangat-sangat sakit.Tapi mama memang wonderful women la dan buleh kata Super Duper Mama.Sanggup berjaga malam duduk di tepi katil sampai tertido2.Celik2 mata mama,celik2 mata mama.Allahurabbi.Inilah pengorbanan seorang insan yang bergelar mama.Saya menghormatimu kerana Allah.Jadi atas usaha dan sakit yg semakin berkurang ana pergi ke sekolah untuk mendaftar sebagai pelajar tingkatan 6 rendah di sebuah sekolah.Pergi dengan mama.Sampai2 dekat sekolah tu muka ana macam kera dapat bunga tersengih2 tak tentu pasal.hehe.sebabnya ana excited nak belajar balik.Tapi langit itu tak selaloonye cerah.Kadang2 mendung,mendung dan terus mendung tapi akhirnya pelangi yang sangat indah muncul menyinari kehidupan.Ana dan mama berjumpa dengan guru tingkatan 6 rendah.Dia tengok result ana.Dan die terus berkata.

Awak tak layak belajar dekat sini.Result awak bagus kenape nak belajar tempat yang macam nie.Paling-paling pown aliran yang awak nak ambik nie pown akan tutup dalam masa 2 tahun lagi.Tak payahla.Awak masukla tempat yang selayaknya.

Somehow akhi ukhti cuba bayang perasaan ana tyme tu?Ya Allah sedih terlampau-lampau.Sampai2 ana nangis depan cikgu tu dan mama.Lagi sadisnya bile mama dengan ana sambil berpelukan.Dan mama pown nangis.Kami sama2 nangis dalam bilik tu depan cikgu tu.Ana tahu cikgu tu nak yang terbaik buat ana.Cumanya ana terkilan yang amat bile dia sanggup berkata-kata seperti itu.Ya Allah,ya Rabbi.Allah saja yang tahu perasaan ana.Mama pujuk ana dan mama kata insyaAllah ada tempat yang jauh lebih baik buat kakak.Sabar ye??Malam tu tidor bertemankan mama.Sebabnya sedih yang amat.Waktu tu ana tahu sape kawan sape lawan.Tyme tu la ana tahu baik buruk seseorang dan yang mana yang ikhlas berteman.Tak lama macam tu adela lebih kurang 2 bulan jugak rasenye duduk dekat rumah lagi dan ana dapat tawaran belajar dekat IYCM(under Unirazak).Tapi bila tengok tempat tu mama siap suruh ana buat pilihan lagi.Mama kata kak,kalau kau nak keluar kita masih ade masa lagi.Betul2 buat keputusan.Nekad ke nie??Ana pown kate eh,takde apala.ok ja.InsyaAllah yang terbaik nie.Takpe2,.kakak ok je.(sambil sengih2).MAma takowt sebab bile tengok situasi dekat situ.Yela kolej swasta.Paham2 jela kan.hee.Erm,hari-hari pown berlaloo dan ana jalani hidup dengan baik di situ.Berjumpa dengan teman-teman yang Awesome.Alhamdulillah.Tapi sekarang bila ana habis ana tertunduk dan terpikir apa hikmahnye ana belajar di situ.Sebab tak banyak dapat tolong ana untuk masuk U lain.Macam2 masalah.Mama pown sampai kate rugi je masuk tempat macam tu.Tapi ana tak nak berasa rugi dan ana carik satu alasan yang ana rasa ade hikmahnya.Ana rupa2nya dihantar Allah untuk jadi penggerak agama ditempat tu.Allahurabbi.Nak menitis bila dengar mama kata macam tu dekat ana.Alhamdulillah.Keberadaan ana di situ adelah untuk menarik sahabat-sahabat ana dekat denganNya.Allahu.Alhamdulillah ana punye sahabat yang banyak sudah berubah dari awal perkenalan dulu.Memang ana tak kata ana yang ubah mereka.Tapi mereka yang mengubahnya sendiri.Kan Allah dah kata Allah takkan ubah nasib hambaNya kalau dia sendiri tak berusah untuk mengubahnya.Dari sahabat ana yang free hair sudah bertudung.dari yang bertudung pendek bertudung labuh.dari yang tak tahu agama jadi seorang yang pengertian tentang agama.dari seorang yang free hair kepade seorang yang berniqab.Ana tak bangge dengan diri ana tapi ana bangge kalau sikap ana mampu merubah pemikiran mereka untuk berubah.Semoga Allah redha akan setiap langkah perubahanmu.Aamiin Ya Rabb.Dan inilah satu nikmat yang ana rasa sangat-sangat besar dari Allah buat ana.Alhamdulillah.Inilah pelangi yang ana tunggu dari mendungnya awan.Takpe “rugi” sedikit dekat dunia yang penting tak rugi di akhirat.Tabarakallah.Allahuakbar.

#Maafkan Ana Andai Melebihi Dari Hadnya.Only Allah knows my real intention. :)

-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~

Sesuci Kasih Nur :)

Views
Assalamualaikum.Alhamdulillah Allah bagi ana peluang lagi untuk mencoretkan kate2.Tabarakallah.Actually ana tak dapat pejamkan mata malam nie.tak tahula kenape kan??Mungkin ade hikmah yang ana tak tahu kowt.hee.Ok InsyaAllah malam nie ana nak share cerite sikit pasal sahabat ana yang ana lebih suka nak orang tahu name die as “Sesuci Kasih Nur”.Alhamdulillah.Ana bersyukur ada sahabat sepertinya.Alhamdulillah. Praise to Allah the Merciful Name.Kadang2 perubahan seseorang tu susahkan kita nak jangka kan?sebab tula kita jangan main suka hati je nak kutuk nak kate mereka yang masih belom pulang ke pangkal jalan,kan3?Kan lebih bagos mendoakan mereka sahaje.Dari terus terusan mengate dan menghina apela yang antunna semua dapat??Tak dapat ape pown bahkan dosa semakin meningkat.kan dah rugi.Sesuci kasih nur nie ana sangat2 salute dengan die.Perubahan yang dilakukan amat2 drastik.Ana sendiri pown tak sehebat dan setaff die.Ana kagum dan kadang2 ana speechless tak tahu nak kate ape.Sahabat ana nie cantik sangat2 orangnya.Mula2 ana belajar dekat melaka dulu ana kata dalam hati “Subhanallah comelnye die nie”.Ana masih ingat lagi ukhti sesuci kasih nur nie waktu tu die senior ana actually umur kami same cumanye ana masuk lambat sikit.Dan ape yang ana nak sahabat2 semua lihat adelah penghijrahannya.Dulu sesuci kasih nur bukanlah seorang wanita yang bertudung.Kata orang free hair gitu.Even sesuci kasih nur free hair tapi pakaian ukhti nie

                              

sangat2 sopan.Ukhti sesuci kasih nur suka pakai baju kurung.Kalau dekat kelas ana selaloo perasan ukhti sesuci kasih nur berbaju kurung.Molek gitu.hehe.Erm,ana Cuma kenal2 die macam tu,macam tu je.Ana tak rapat sangat dengan ukhti nie.Ana Cuma tahu die satu kelas dengan ana dan die senior ana.itu je.yang lain2 tu ana tak tahu.means that kisah peribadi die ana tak amik tahu langsung.Tibe2 ade satu hari tu kelas malam waktu tu ana tengah tekun dengar lecturer ana bagi lecture die.Tiba2 ade seorang girlz nie dia ketuk pintu and menyatakan dia lambat dekat lecturer ana and mintak maaf.Waktu tu ana tak kalih muka pown untuk tengok.sebab ana khusyuk tgok nota yang lecturer ana cakap tadi.Then kawan sebelah ana die singgung tangan ana suruh tengok sape yang masuk.Bila ana pandang je dekat pintu tyme tu ana terkejot tengok.Sesuci kasih nur sudah bertudung.Dalam hati ana ya Allah,SubhanaAllah.Bagaimana bisa die bisa diberi hidayah sehebat ini.ingin sekali tanye ape yang membuat ukhti Sesuci kasih nur boleh bertudung.Ukhti sesuci kasih nur bertudung bawal je tapi tudung bawal tu ukhti tu lepaskan saje ke bawah dan takde selempang2.kirenye menutup paras dada.Then start tu dalam kepala ana berpusing 360 darjah berpikir.Ape yang membuatkan ukhti nie bertudung.Sampai2 ana terleka pulak dalam kelas tu.hehe.sebab terkejut actually bile tengok.Then,start dari tu ana tengok ukhti tu bertudung sahaja tiap kali ke kelas.Dan setiap kali ana tengok dia bertudung ana nampak satu nur yang mungkin itu datang dari hatinye yang ikhlas.bertudung kerana Allah.then,sampaila suatu hari tu ukhti sesuci kasih nur menyatakan perasaan dia pada ana yang die mahu bertudung labuh.Alamak,jiwa ana terasa syahdu sangat2 bila dengar ape yang dinyatakan oleh hasrat hatinye untuk bertudung.perbualan tu lebih kurang macam nie la.Ana pown kurang nak ingatnye.hee :

Ukhti : Sebenarnya kite(nama die) nak pakai tudung labuh.nad dah tempah dah.suruh orang buatkan.Tapi tudungnya tak siap2 lagi.jadi kita pakai tudung ini dulu.serius kite kate kite tak selesa pakai tudung macam nie.
Ana : (dalam hati)Homaaiii.ini malaikat ke ape.dari tak bertudung teros nak bertudung labuh.Orang lain pown tak buleh macam die.Allahuakbar.ape aku tak salah dengar?Tarik nafas panjang dengan selamba ana kate Oh yaka?Bagoslah,Alhamdulillah.Bagos nad.Takpela pakai je tudung nie dulu nanti bila dah ade tudung labuh tu pakai je.

Serius ana kata tyme ana cakap dengan die air mata ana rase macam nak jatuh.Sedih sangat2 tengok perubahan die.terharu.jeles pown ade.Yela cubelah akhi dan ukti pikir hidayah itu tak semua orang dpat.Hanya orang2 yang terpilih je.So,it is means ana tak terpilih??Kan sedih bila pikir gitu.Adehh.Then,tak lame dari tu ana tengok nad dah bertudng labuh.labuh ana nak cite nie bukan labuh yang tdung bawal bidang 60 or 50 or ape tu jela kan.Labuh nie tudung labuh yang tudung bulat tu.Selaloo budak2 sekolah agama pakai.Ya Allah sedih sangat2 bile tengok.Balik je rumah bile cuti minggu mesti ana cerita dekat mama n ana tunjuk dekat mama ana.Mama ana pown terkejot dengar.sejak dari tu ukhti nie istiqomah mengenakan tudung labuh.Alhamdulillah.tapi yang ana nak tegaskan ukhti nie bukan setakat bertudung labuh.Tapi ajaran2 islam turut diperatikkan.Allahurabbi.kagum ana dengan perubahan ukhti nie.Kemudiannya ade suatu hari die share dengan ana yang die nak BERNIQAB.Aduhai.speechless lagi ana.yA Allah betul ke nie.Siap buat skype lagi dengan kawan die untuk tahu macam mane care2 pakai purdah.Allahuakbar.Then tak lame ana mengenakan niqab ukhti nie pulak pakai.Tyme tu ana speecless lagi sebab cantik sangat2.Mmg dah cantik orangnye kan,pakai pulak niqab aduhai bertambah2 cantik la.Tapi even die nak berubah ke arah yang lebih baik ini ade saje mulut2 yang mengata.Namun,ukhti nie tetap tabah dan teruskan sahaje kehidupan sperti takde ape2 yang berlaku.Alhamdulillah.Ana harap ukhti mampu istiqomah dan terus kekal macam nie.Biarpun ade yang menghina mereka semua sikit pown tak menjejaskan kite kerna Allah itu selaloo ade untuk kite dan yang lebih penting Allah lah sebab kite berubah..Bukannye sebab manusia.Itu yang terpenting.Remember that ya nad??Always smile.Allah always there for u.Dan akhi ukhti yang nak berubah janganlah kite tunggu lagi kerna kita tidak punya waktu.Manalah tahu belom sempat kite brubah kite dah ditarik nyawa oleh Malaikat yg tidak pernah mepercepatkan atau melmbatkan kematian.Allahuakbar :)

-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~