Saat Singgahsana Cik Cinderella :)

Views

Opss, opss, excuse me! Tumpang lalu ye... erk... maaf mak cik... erk akak!

Hehe --'

Terkocoh-kocoh dia meloloskan dirinya di celah-celah orang yang sudah mula membanjiri majlis perkahwinan itu. Dia sepatutnya menjadi pengapit kawannya, mujur sempat sampai! Kalau terlambat mahu kena ban friendship mereka selama 15 tahun tu!

Pintu kayu jati dikuak perlahan, takut menganggu tetamu istimewa di dalam yang tengah bersiap. Now dah pukul 11 pagi, sepatutnya dah readylah. Pagi tadi dia dah nikah, tapi buat antara family sahaja. Kebetulan dia sendiri tak dapat nak hadir pagi tu, so mampu hadir sebagai pengapit bertauliah sahaja.

Pandangan mata kedua sahabat itu bertaut. Tersengih-sengih dia memandang keayuan wajah pengantin pada hari ini. Penat berbaur dengan perasaan serba salah sebab tak dapat datang nikah si Anisa pagi tadi. Anisa menjeling manja, saja nak balas dendam!

"Anisa, sorry lah tadi aku memang tak sempat nak sampai. Ni dari KLIA tau aku berkejar datang ke majlis sanding ko! Straight dari Terengganu," Nady cuba meraih simpati. Sekejap saja seulas senyuman mekar di bibir mulus teman baiknya itu.

"Aku saja je nak merajuk dengan ko. Aku faham," Anisa segera merapati Nady dan mereka bersalaman dan berpelukan.

Dalam setahun juga mereka tak berjumpa. Sibuk dengan tanggungjawab dan karier masing-masing.

"Ko sorang je? Mana mak andam?" tanya Nady sambil merenung ke segenap ruang bilik Anisa. Kini, bilik Anisa terhias indah sebagai bilik raja sehari. Warna pilihan hati Anisa ialah putih dan gold. Memang dewi kayangan sangat.

"Aku tak perlukan mak andam. Solek simple je."

"Eh? Kan lebih cantik kalau bersolek lebih sikit? Sekali sekala Anisa oi," sampuk Nady.

"Tabarruj kan tu?" Anisa tersenyum manis. Semanis kurma madu gitu. "Sebenarnya, tak baik bersolek lebih-lebih dan berpakaian sehingga menarik perhatian orang. Bermewah-mewah dalam perkahwinan pun, tak digalakkan dalam Islam, betul tak Nady?"

"Er... tabarruj... betul juga kata ko. Aku tak terfikir pulak. Em, kalau sehari je takkan tak boleh?"

Nady memandang wajah mulus Anisa. Anisa memang natural beauty. Wajahnya bukanlah Pan Asian, tapi keayuannya terserlah dengan kelembutan semula jadi dalam dirinya. Tak make uptebal, sebenarnya Anisa dah manis dipandang.

Sekadar memakai sedikit celak, lip gloss dan bedak di pipi supaya nampak lebih segar.

Anisa tersenyum lagi. Ai, memang murah betul dengan senyuman si Nisa hari ni. Hari kebahagiaan mungkin? getus hati kecil Nady.

"Tabarruj haram. Tiada pengecualian. Aku berharap sangat perkahwinan kami ni dirahmati Allah dan live happily ever after. Ini pun majlis sanding, bukanlah sanding pun, cuma untuk makan-makan nak kabo kitorang dah kahwin. Pelamin tu buat pun untuk korang bergambar," jelas Anisa sambil membetulkan baju kurungnya yang berwarna cream itu. 

Simple sangat!

Cuma baju kurungnya jenis embroidery  tapi tak terlalu menonjol. Baju nikah pagi tadi juga, cuma dia menambah veil  berwarna keemasan perak di atas kepalanya untuk memberi sedikit kelainan.

"Eh, tak de makan beradab dan photoshoot ke?" Nady mengetap bibirnya.

Takkan sempoi sangat! Tak best lah beb.

"Makan beradab...ada. Cuma aku request photographer perempuan. Ambil gambar untuk kenang-kenangan aje. Memang plan dengan Zafran nak buat sederhana je," tambah Anisa.

Nady terdiam. First time dia terdengar pasal photographer perempuan. Bukannya tak ada, tapi selalunya wedding ni, photographer lelaki yang diupah.

Jaranglah kalau photographer perempuan tu.  Eh, memang tak ada kot sepanjang aku pergi wedding kawan-kawan lain.

Semuanya photographer lelaki yang shoot gambar.

"Nisa, meh aku tolong pinkan veil  ko ni. Macam senget sikit," pelawa Nady apabila melihat Anisa terkial-kial cuba mencucuk pin di tudungnya supaya veil nya tidak jatuh nanti.

"Nady, aku ada terbaca dulu. Masa tu aku jahil lagi. Pasal isu ambil gambar wedding oleh photographer lelaki. Actually nak ambil gambar untuk simpanan diri, dibolehkan. Kalau untuk tatapan umum, jadi haram. Sebabnya jatuh haram tu apabila aksi-aksi pasangan tu sangat mesra, berpelukan dan segala bagai di depan photographer lelaki. Ada yang duduk atas riba suami, meniarap sama-sama, lepas tu yang shoot gambar tu, lelaki. Aksi tu, sepatutnya lebih sopan dan terjaga. Mungkin orang akan cakap skema....tapi ni agama dah gariskan. Sebab tu untuk selamat, aku ambil photographer perempuan. Lagi pun, pilihan untuk hire photographer perempuan tu ada, dan bergambar bukanlah suatu yang wajib, kita pon bukannya darurat nak guna photographer lelaki," cerita Anisa panjang lebar. Nady ketap bibir.

"Aku kongsi apa yang aku tahu, Nady. Harap kau faham."

"Eh, tak de apalah. Aku faham. Apa yang ko cakap tu, really make sense. Mungkin sekarang ni trend menguasai segalanya. Trend mengatasi hukum hakam agama. Bagus juga ko dapat praktikkan dalam perkahwinan ko," jawab Nady dengan perlahan.

Dia terfikirkan tunangnya, seorang part time photographer.

"Dah okay ke veil  aku tu?" tanya Anisa sambil memandang wajah Nady melalui cermin muka. Termenung pula cik akak ni. Mesti teringatkan tunang dia. Tapi, benda betul aku kena kongsi secara berkias.

"Veil  ko dah kemas dah."

"Terima kasih. Cantik ko buat," puji Anisa sambil mencubit pipi Nady. "Termenung ya. Jangan risau. Slow talk boleh, Insha-Allaah."

Nady mencebik. Uish, minah ni bukan cubit manja. Kuat juga cubitan dia. Terasa geli hatinya, Anisa seakan-akan dapat membaca isi hatinya.

"Anisa, secara jujur aku suka tengok perkahwinan ko ni. Sederhana sangat. Simple dan ... honestly tak de la macam raja sehari tapi masih nampak meriah dengan sanak saudara ko yang happening tu. Aku tengok baju ko pun, cantik tapi so simple !! Memang cut cost abes ek??" usik Nady sambil tergelak.

"Amboi mulut. Aha kitorang tengah budget la juga ni. Ni baju wedding mak aku. Cantik lagi kan. Hehe recycle jek."

Tok! Tok!

"Siapa?" tanya Anisa.

"Abang ni."

Anisa memandang Nady. Dia bingkas bangun untuk membuka pintu untuk suaminya.

"Sorry kacau Nisa dengan kawan. Dah ready ke? Jap lagi dah boleh keluar. Terus makan beradab," ujar suami Anisa. Lelaki itu mengangkat tangan pada Nady sebagai tanda 'hai, selamat berkenalan'.

Nady menganggukkan kepalanya.

"Oh cepatnye. Tak sedar lak masa. Thanks abang tolong remind Nisa. Kejap lagi Nisa keluar dengan kawan ya. Oh Nady, kenalkan my husband, Zafran Zaki. Abang, kawan Nisa since sekolah rendah ni, Nadiah, boleh panggil Nady."

"Assalamualaikum Nady. Terima kasih selama ni tolong jaga Nisa untuk saya," ucap Zafran Zaki sambil tersenyum.

"Err waalaikumussalam. Hehe, no hal. Dulu dia ni nakal tau. Sekarang aje sopan santun penuh tatasusila. Mungkin lepas jumpa En. Zafran kot," balas Nady.

Gagap kejap dia mendengar salam daripada suami Anisa ni. Fuh, tawaduk habis gaya!

"Banyaklah tatasusila! Bang, kejap lagi kita orang keluar ek," Anisa mencelah. Zafran Zaki sekadar mengangguk sambil menunjukkan thumbs up kepada isterinya. Kemudian, dia beredar keluar.

"Eh?? Tak de kompang ke, berarak ke?" soal Nady.

Macam habis pelik wedding ini! Itu dan ini tak ada! Eh, jaga ayat ko.

Anisa menggeleng. Gelengan Anisa tu sudah cukup untuk menjelaskan persoalan di hati Nady. Nak kata kagum, entahlah. Nak kata rugi, tak juga. Sebab siapa dia nak judge Anisa. Allaah Maha Mengetahui segalanya.

"Minta maaflah wedding aku biasa je Nady. Tak meriah sangat, tak de kompang, karaoke ke apa," ujar Anisa, merendah diri.

"Anisa, it's okay. Cuma aku terkedu kejaplah. Aku macam...wow. Ko betul-betul buat apa yang ko cakap. I mean, good for you. Honestly. Aku doakan wedding ko dirahmati dan diredhai Allaah, Nisa. Aku nak sangat tengok ko happy. Bukan senang ko nak jumpa seorang lelaki yang betul-betul ikhlas, kan?" kata Nady sambil memegang bahu Anisa.

Hatinya cukup tersentuh dengan kata-kata sahabatnya tadi. Bukan dia nak memperlekehkan. Cuma, culture shock !!  Mungkin tahap pendedahannya dalam ilmu agama sangat sangat nipis. Ada certain benda yang Anisa sebut tadi, dia tak pernah tahu.

"Terima kasih ko share dengan aku....ilmu yang bermakna ni. I'll keep it in my mind for my wedding."

"Em, Nady. Terima kasih datang. Sebenarnya tak senang aku dan Zafran untuk yakinkan mak Zafran nak buat wedding simple camni. Kalau ikutkan mak Zafran, dia nak buat grand habis. Sebab Zafrankan anak bongsu lelaki dia sorang aje. Sebenarnya, ni pun idea Zafran juga. Dia berkeras nak buat simple camni. Aku pun, syukur."

"Alhamdulillah. Semoga perkahwinan ko diberkati. Eh jom kita keluar. Tak pasal En. Zafran ko tu kebuluran pulak."

Nady menarik Anisa ke muka pintu. Baju dah cantik, muka dah cun, cuma perut aje perlu diisi. Mari!

"Aku tahu, ko bab makan nombor satu. Don't worry, aku dah ready nasik putih untuk ko. Ko kan tak suka makan nasi minyak." Anisa ketawa. Nady mencebik, tetapi hatinya berbunga riang kerana sahabat lamanya masih mengingati makanan allergiknya itu.

Anisa, ku doakan kau bahagia!

P/s : Hahahai hati ini teringin saat lafaz sakinah nanti macam ni..moga2 bakal zauj pown berpikiran macam ape yang ana pikirkan..bakal zauj ana mau camni..Hehehehe :)


-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~

2 comments:

  1. SAYA DAH PERNAH BACA KISAH NI..BETUL2 ZUHUD DAN MENGIKUT SYARIAT SIALM..KEMEWAHAN DALAM PERKAHWINAN BUKAN JAMINAN KEBAHAGIAAN..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..aiwah senyuman manis..itulah seperti yg diajar nabi kite :)

      Delete

Tinggalkan satu komen kat sini pown jadilah ye??sayang awak sume!!hee~