24 jam amalan nabi..jum2~

Views
Assalamualaikum sahabat blog ana semua..kaifa haluka??Alhamdulillah ana bikhair.hehe.ana pulak yang jawab ye.takpela.bagi pihak antunna semua buleh kan?hmm.ok baiklah lame ana tak share ilmu dengan sahabiah2 ana nie.baiklah ana ingat nak share ape ilmu yang ana ade nie.jum sahabat ana syg ana nak cite ape die sebenarnya amalan 24 jam nabi kita yang telah lame meninggalkan kite.semalam bile ana baca ana kate pade diri ana sendiri "ya Allah kenapelah ana tak pernah nak alert tentang amalan nabi sebelum2 nie.sungguh ana menjadi orang yang rugi sebelum nie.ampunkan ana ya Rabbi".jadi sahabat ana syg jangan jadi org yang rugi macam ana.jum kite same2 lakukan amalan2 nabi kite MUHAMMAD S.A.W tande kite kasih dan cinta kepadanya.jum2~

  • bangon tidur :- bersihkan muka dengan cara mengusap tangan ke wajah dan bace doa bangun tidur dan terus bersiwak ataupun gosok gigi.
  • masuk-keluar bilik mandi :-masuk dengan dahulukan kaki kiri dan keluar dengan dahulukan kaki kanan dan bace doa masuk tandas dan membaca "aku memohon ampunan-Mu ya Allah"
  • wudhu' :-ucap lafaz basmalah,membasuh kedua telapak tangan sebanyak 3 kali,mendahulukan berkumur dan istinsyaq(memasukkan air ke hidung) sebelum membasuh muka,melakukan intintsar (mengeluarkan air dari hidung) dengan tangan kiri,banyakkan berkumur dan beristinsyaq bagi orang yang tidak berpuasa,berkumur dan beristinsyaq dengan memakai satu telapak tangan(maksudnya air yang berkumur tu jugak digunakan untuk beristinsyaq tak perlu amik air baru),bersiwak sewaktu berkumur2,menyelahi janggut yang lebat dengan jari-jari tangan yang basah pada saat membasuh wajah,mengusap kepala(mulai dari kepala bahagian depan sampai ke tengkuk,kemudian ditarik kembali ke kepala bahagian depan)mengusap kepala yang diwajibkan adalah dengan meratakan usapan air ke seluruh bahagian kepala dengan cara apa sekalipun,menyela2 jari-jari tangan dan kaki,menambahkan jumlah basuhan sampai 3 kali ketika membasuh wajah,kedua tangan,dan kedua kaki,melafazkan dua kalimat syahadah selesai berwudhuk,berwudhuk di rumah,dalak(mengusapkan tangan ke bahagian anggota wudhuk bersamaan dengan membasuhkan air atau setelahnya,berjimat cermat menggunakan air,membasuh dengan melebihi batas bahagian yang wajib dibasuh pada 4 anggota wudhuk(dua tangan dan dua kaki),solat dua rakaat setelah wudhuk,menyempurnakan wudhuk.
  • siwak(gosok gigi)
  • mengenakan sandal saat keluar masuk masjid,keluar bilik air,serta keluar menuju tempat kerja dan kembali masuk rumah selepas kerja.
  • berpakaian :-ucap bismillah,pakai baju atau gamis atau kain yang dililitkan ke bahu,atau serban sambil membaca doa memakai baju,mulakan dengan bahagian kanan,melepaskan baju mulakan dengan bahagian kiri
  • masuk-keluar rumah :- dzikrullah(sebut nama Allah)ketika masuk rumah,baca doa masuk rumah "ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikan ketika masuk dan kebaikan ketika keluar.dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar,dan kepada Rabb kami,kami bertawakal",ucapkan salam,bersiwak,bila keluar baca doa keluar rumah "Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah.dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah"
  • bergerak ke masjid :-bertakbir saat pergi,berdoa saat pergi "ya Allah jadikanlah di dalam hatiku cahaya dan pada lisanku cahaya.jadikanlah bagiku dalam telingaku cahaya dan jadikanlah pada mataku cahaya.jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku cahaya.jadikanlah dari atasku cahaya dan dari bawahku cahaya,ya Allah berikanlah aku cahaya",berjalan dengan bersahaja dan tenang,berdoa ketika masuk masjid "ya Allah bukakanlah pintu rahmat-Mu,mendahulukan kaki kanan,maju ke saf yang paling pertama,berdoa ketika keuar masjid "ya ALlah aku memohon kurniaMu",mendahulukan kaki kiri sewaktu keluar masjid,solat tahiyatul masjid.
  • adzan :-mengucapkan kembali seperti yang dikumandangkan oleh muadzin kecuali pade lafaz haiya alas sollah dan haiya alal falaah"mesti mengucapkan "laa haula wala quwwata illaa billllaah",berselawat ke atas nabi setlah selesai menjawab azan,baca doa "Ya Allah,Rabb pemilik seruan yang sempurna dan shalat yang ditegakkan,kurniakanlah kepada Muhammad wasilah dan fadhilah dan bangkitkanlah dia di maqam yang terpuji seprti yang engkau janjikan",kemudian berdoa untuk kebaikan diri sendiri.
  • iqamat
  • menghadap sutrah(maksudnya sesuatu yang diletakkan di depan kite,tak menajdi masalah bila ade yang ingin keluar dari solat untuk lalu di hadapan kita)
  • Solat sunat rawatib
  • solat dhuha
  • solat sunat empat rakaat sebelum solat asar
  • solat sunat sebelum maghrib
  • solat sunat dua rakaat antara azan dan solat         
  • qiam :-solat paling afdhal untuk qiam 11 rakaat atau 13 rakaat,bersiwak dan membaca ayat terakhir surah Ali Imran ayat 190-200,solat ringan sebelum mulakan solat lail(untuk bagi semangat)
  • witir
  • duduk sekejap setelah solat          
  • mengenggam dua lutut dengan dua tangan dalam keadaan jari jemari direnggangkan pada saat rukuk
  • wirid setelah solat
  • amalkan masthurat pagi dan petang
  • ucap salam bila bertemu dengan insan lain dan bersalaman
  • makan :- makan dengan tangan kanan,baca bismillah,ambil makanan yang paling dekat dengan kita,memungut makanan yang terjatuh,makan dengan 3 jari,duduk dengan bersimpuh di atas kedua lutut dan kedua punggung telapak kaki,boleh jugak dengan menegakkan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri,menjilat jari jemari seusai makan,memuji Allah baca doa sebelum dan selepas makan.
  • minum :- baca bismillah,minum dengan tangan kanan,ambil nafas di luar gelas ketika minum maksudnya untuk menghabiskan segelas tu dianjurkan 3 kali,bukan hanya sekali teguk,minum duduk,mengucap alhamdulillah
  • solat sunat di rumah
  • mengakhiri majlis dengan tasbih kafarah
  • sebelum tidur :-baca doa tidur,satukan telapak tangan dan tiup ke tapak tangan sambil bace surah al-ikhlas,al-falaq-an-nas dan sapukan ke seluruh anggota yang sampai,baca ayat kursi,tasbih fatimah,membaca dua ayat terakhir surah Al-baqarah,besrsuci sebelum tidur,tidur dengan mengring ke kanan,meletak tapak tangan ke pipi kanan,kebas tilam sebelum tidur,membaca surah Al-kafirun
  • menghadirkan niat kerana Allah pada setiap amal yang dilakukan
  • biasakan diri dengan pada suatu masa lakukan lebih dari satu ibadat
  • berzikir setiap waktu
  • mensyukuri setiap nikmat2 Allah 
  • khatam Al-quran setiap sebulan


Alhamdulillah selesai jugak ana merungkaikan keseluruhan amalan nabi 24 jam sehari.Alhamdulillah dengan izin Allah insyaAllah marilah same2 kite mengamalkan sunnah nabi kite yang tercinta.insyaAllah.Ameen <3 .="." font="font">
              

-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~

0 kate-kate:

Post a Comment

Tinggalkan satu komen kat sini pown jadilah ye??sayang awak sume!!hee~