Assalamualaikum ^_^
"Janganlah kamu menghampiri zina.Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk(yang membawa kerosakan)".Kami tidak berzina!....
al-Isra' : 33
Maaf,saya tak kate sape2 pown sebenarnye..saye x tuduh sape2 tapi saye sedang cube menjelaskan kepada anda semua.Jangan sesekali menghampiri zina.
Kami hanya berbual,berbincang,bertanya khabar,minum-minum....adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumus kamu ke lembah perzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini,ya.Tetapi esok mungkin kamu kecundang.Kamu dalam bahaya.Jangan bermain dengan bahaya.Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu.Sudah banyak tipu daya syaitan yang mengena sasaran.Iblis amat berpengalaman.Tipu daya syaitan amat halus.Dia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa.Jangan pula kita lupa pada sejarah!.Siapalah kita dibandingkan dengan Adam dan Hawa?Iblis amat licik.Pengalamannya banyak.Dia ada lebih 1001 cara.Ingatlah pesanan Rasulullah :
"Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan"(Riwayat Tabrani)Apabila beruaan antara lelaki dan perempuan,Syaitan akan menghembus perasaan berahi.Perasaan ketika itu sukar untuk dikawal.Pintu perzinaan pun terbuka.Desakan nafsu semakin kuat.Iblis riang gembira melihat mangsa godaanya yang hampir terpedaya.
Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan.Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar sms sahaja.Tak pernah bersua muka pun!
Betul.Itu adalah salah satu bentuk yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.Memang pada awalnya mereka tidak bersua muka,tapi perasaan mereka pasti bergelora.Lambat launnnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret mereka kepada satu pertemuan.Ingat,pertemuan pertama yang indah itu tidak akan terhenti di situ sahaja.Percayalah,ia pasti akan berlanjutan dan berterusan.Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
"Takkan nak berbual-bual pown tak boleh?itu pown zina jugak ke??..."
Zina ada macam-macam jenis dan peringkatnya.Ada zina tangan iatu berpegang-pegangan.Ada zina mata iaitu bila melihat kekasihnya dengan perasaan berahi.sama jugak melihat auratnya dikira berzina mata.Ada satu lagi zina iaitu zina hati,ia berkhayal dengan berahi bersama kekasihnya.Alangkah jelas kalau kita baca sabda Rasulullah ni :
"Kedua-dua tangan juga bezina dan zinanya adalah menyentuh.Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan(menuju ke tempat pertemuan).Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman." Hadis Riwayat Muslim dan Abu DaudSebenarnya jalan,lorong dan pintu menuju kepada perzinaan tu banyak sahabt-sahabat.Tutuplah dengan rapat mana-mana pintu atau jalan yang boleh membawa kepada perzinaan.Ya Allah!!
Duduk bincang-bincang pasal pelajaran x boleh ke??bincan pelajaran je!!
Bincang pasal pelajaran,betul ke??x kan bincang berdua sahaja?xde kawan lain lagi dah ke??Jangan tipu!!Allah tahu apa yang terselit di dalam setiap hati hamba-hamba-Nya.Kita belajar ni kan nak keberkatan.Kalau berjaya dengan cemerlang sekalipun,kalau tidak ade keberkatan oleh Allah,kejayaan x akan diberkati.Hidup di dunia ini x bahagia,lagi-lagi kata akhirat nanti.Jnganlah berselindung di sebalik pelajaran yang mulia semata-mata untuk mengahalalkan perbuatan yang ditegah.Allah suka kepada orang yang berilmu.Jagalah batasan dan ketentuan Allah supaya belajar akan menjadi suatu ibadat.Kalau dah bincang pelajaran macam ni adekah akan dicatat sebagai ibadat oleh Malaikat???Fikirkanlah ye?..
Sungguh!Bincang pelajaran je..x buat ape-ape pown.Ni study group!
wOw,Study Group??x kan study group berdue je kowt??nampak lain macam je,senyum aje memanjang,x nampak macam berbincang pown.Kalau ye pown,carilah group study ramai sikit.Kalau duduk berdua-duaan macam ni....betul ke bincang pelajran??x nampak bentuk perbincangan pown??x de ape-ape catatan perbincangan,buku pun x diusik lagi,Jangan-jangan sekejap je belajar pas2 bincang bende lain,,banyak menghabiskan mase denga fantasi cinta!!
"Taklah.....sungguh kiami berbincang pelajran!...."
Baik sungguh awak berdua.Takkanlah awak berdua x ade perasaan ape-ape??Kalau awak berdue tiada ape-ape perasaan,tentu awak berdue kurang sihat??hehe..Ingat kita bukan malaikat,xde nafsu.Kita manusia.Jangan menafikan fitrah manusia.Kita ade nafsu,ade keinginan ke arah tu,itulah hakikat manusia...
Kami sama-sama belajar dan saling memberi semangat dan motivasi antara kami.
degil eh awak ni??hehe,,xde kaum sejenis ke yg boleh jadi rakan belajar??xde kaum sejenis yg boleh bagi motivasi??Jnagan merendahkan kaum sejenis kita.Ingat banyak orang yang cemerlang belajar dengan kaum sejenis.Perasaan mereka lebih tenang dan x terganggu pown tau..Malah dorang dapat pula rahmat dan berkat Allah,,Ustaz saye pernah cakap xde seseorang yang ade couple pown yang lebih cemerlang result die dari orang yang xde couple...
Xkanlah x de langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta??Adakah Islam membunuh terus naluri cinta daripada manusia??
Tidak!!!!Naluri adelah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia.Naluri ingin memiliki dan dan suka kalau dimiliki(sense of belonging dalam english gitu) adalah fitrah suci yang ada pada manusia.Kalau naluri itu x wujud pada diri seseorang,x normal namenye,,Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu,tidak!!!no!!!Islam x suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami yang x mahu kahwin.Jngan hapuskan naluri itu...Jnaganlah kite pula berbohong pade diri sendiri.Bukanlah salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpe diundang.Itu adelah fitrah semulajadi manusia.Cuma kawal naluri itu supaya ia patuh pada perintah Allah.Jadilah manusia yang sempurna nalurinya.Jngan jadi malaikat!sebab Allah ciptakan kita sebagai manusia.Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri ataupun nafsu manusia.
Tentu ade cinta secare Islam?....
Cinta secare Islam hanya satu iatu perkahwinan.Cinta yang berlaku setelah ijab qabul;cinta lepas kahwin,,wahh,,,sweetnye!!hehe..itulah cinta qudus.Cinta yang bermaruah.Bukan cinta murahan dan cinta jalanan.Cinta adalah maruah manusia.Ia terlalu mulia.Ingatlah,apabila Allah melarang sesuatu perkara,tentu ia akan gantikan dengan yang lebih baik..Kalau Dia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin,Allah berikan "sesuatu"sebagai ganti yang lebih baik yaitu perkahwinan.Sabda Rasulullah SAW :
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali Nikah."Kalau camtu,cinta remaje semuanye menghampiri zina lah eh??
Riwayat Ibnu Majah
Ya,kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan mereka turut terusik.Kemudian perasaan dilayan.Pastu mula la teringat dan rindu.Kemudian pertemuan pown diatur.Then,duduk berdue-due,kemudian cari tempat sunyi kononnye nakkan PRIVACY..kemudian berbual-bual panjang dan mengasyikkan.Usik mengusik bermula,jika merajuk ade yang pujuk kan???Hubungan pown semakin rapat,dah berani dah pegang tangan,duduk makin dekat.Kalau tadi macam kawan kan,,skunk macam pengantin baru semalam kahwin..Bukankah mereka semakin hampir dengan zina???penghujung jalan cinta adelah zina,Penghujung jalan cinta adelah kesengsaraan..Sedarlah,ramai orang yang bercinta telah sampai ke daerah perzinaan dan kesengsaraan ini.Kasihanilah kedue ibu bape kite yang melahirkan kite,,oooppss<<ibu yang lahirkan,,hehe
Jnagan diconteng arang ke muke mereka.Mereka telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa sedikit noda pown.
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,x sampai berzina..Kami tahan diuji..
x abis lagi die ni,,hehe,,Allah menciptakan manusia.Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia yang diciptakannye.Manusia bersifat x tahan diuji.Oleh itu, Allah memerintahkan manusia suapaye jauhi perkare yang ditegah kerane takut manusia akan kecundang.
Jadi manusia x tahan diuji??macam 2??
Mari kita ingat sejarah kite balik..Semua kite keturunan Adam dan HAwa.Sejak dari awal penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan kepade manusia bahawa mereka x tahan dengan ujian.Lalu Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah telah tegah Adam dan HAwa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga.Buah yang lain boleh dimakan.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang dicipta telah berpesan kepade Adam dan Hawa,"Jangan hampiri pokok khuldi itu."Firman Allah :
Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai,dan janganlah kamu hampiri pokok ini,(jika kamu menghampirinya)maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.(al-A'araf : 19)Tegahan yang sebenarnya adalah jangan memakan buah khuldi.Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan manusia ni sahabt-sahabat.Jika Adam dan Hawa menghampiri pokok tersebut,takut nanti mereka akan memakannya.Mereka x dapat mengawal diri.Demikianlah juga dengan zina.Ditegah berzina,maka jalan ke arah perzinaan juga dilarang.Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan,kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah.Kita x kenal pasangan kita secare dekat.Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Boleh caye ke dengan perwatakan pasangan awak tuh waktu sedang bercinta ni??ha??percayelah,percintaan penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan.Masing-masing akan berlakon dengan watak yang paling baik,paling sweeet la kalo orang kate,Alam percintaan adalah lakonan semate-mate,,tipu doang,,cayelah,,Masa bercinta,merajuk ade yang akan pujuk.Tetapi jangan harap lepas kahwin nanti sahabat-sahabat,mesti xde dah sebab dah selaoo buat tyme bercinte dulu,dah bosan dah..Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta.Perangai pasangan jauh berbeza selepas dah kahwin nanti.Macam langit dan bumi gitu.Masa bercinta dia seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan walaupun terlambat sampai berjam-jam pown xpe,,tapi bile dah kahwin ha amik kau..lewat lima minit pown dah kene tengking macam hape jeh..Jadi perwatakan semasa bercinta amat tidak boleh dipercayai.Percintaan adalah satu kepura-puraan atau hipokrit!
Percayalah,kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah??kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih.Kebahagiaan bukan perancangan manusia semata-mata.Allah yang akan menganugerahkan kepade hamba-Nya yang taat.Bagaimana mendapatkan kebahagiaan jika jalan mencapai kebahgiaan itu tidak diredhai Allah?Kebahagiaan berumah tangga mestilah melalui proses yang betul.Sudah tentu prosesnya bukan bercinte macam nih.Allah tidak meredhai percintaan ini.Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin.Bagaimana untuk mendapatkan keluarga yang bahagia jika langkahnye pown dah mula canggung?Bagaimana nanti kesudahannye???...
Nak tanye sikit..........Adik angkat,abang angkat,kakak angkat,boleh ke???ganti bercinte...
Semua itu adelah tipu daya dan perangkap si Syaitan tuh..Hakikat dan matlamatnya adelah same.Itulah cinte yang diberi nafas baru.Kulitnye nampak berlainan tetapi isinye adalah same.Adik angkat,abang angkat,kakak angkat adelah same je sumenye,satu bentu tipu daye syaitan dan perangkap syaitan.Orang yang terlibat dengan budaye "angkat" ini sebenarnye telah masuk ke dalam perangkap syaitan.Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.Namakan ape nama sekalipun,abang angkat ke,motivator ke,semua adelah SAMA..Jalan akhirnye akan bertemu dengan lembah perzinaan.
Jadi,seolah-olah orang yang bercinte telah hilang maruah diri??macam 2??
Mengukur maruah diri tidak boleh ditentukan oleh akal atau penilaian manusia semata-mata.Ukuran manusia sering berbeza-beza.Orang yang sedang mabuk cinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinye.Manakala,bagi orang yang menjaga diri dan tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin,akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi.Cintanye ditumpahkan kepade orang yang belum layak menerima cinta suci.Oleh itu,ukuran bermaruah atau x sume ditentukan oleh Allah..
Adakah orang yang bercinta hilang maruah diri??
Mulia manusia kerana maruah dirinya terus terpelihar.Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnye kerana mereka menghampiri perzinaan.Sungguh malang sekali bagi orang yang bercinta dan pernah berzina,mereka tidak layak berkahwin dengan orang yang pernah berzina jugak.Mereka x layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.Allah berfirman :
"Lelaki yang berzina(lazimnya) x ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik,dan perempuan berzina itu pula(lazimnya) x ingin kahwin dengannnya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepade orang-orang yang beriman."Jika orang yang pernah berzina x layak berkahwin dengan orang yang suci,demikianlah juga orang yang pernah bercinta x sesuai untuk berkahwin dengan orang yang x pernah bercinta.Tidakkah itu suatu ketentuan dari Allah.
(Surah Al-Nur : 3)
Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk diri mereka kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.Itulah janji Allah.
Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa ade pade janji cinta??Berape banyak janji cinta yang palsu??Lelaki,jangan diharap pade janji lelaki wahai kaum wanita..Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaje.Habis madu,habis sepah dibuangnye.Pepatah itu kan sering kali kite dengar dan kite ungkapkan?
Si dia ini lain dari yang lain.Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah awak rahsia hati lelaki??Sejahat mane lelaki,apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnye menjadi ibu untuk anak-anaknye,dia akan memilih wanita yang baik sebagai isteri dan ibu kepade anak-anaknye.Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya,lelaki biasanye akan pilih wanita murahan kerane ia sesuatu pelaburan yang menguntungkan,Ha,inilah rahsia lelaki.
Jadi.....permpuan yang bercinta,jatuh maruahnye pade pandangan lelaki??
Tentu.Mana ada orang lelaki yang waras suka pade barang yang "second hand" sedangkan ade barang yang baru.Jangan terkejut jika sesetengah lelaki menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room.Perempuan yang x makan diganggu dikatakan display only.Tapi ade perempuan yang boleh test drive.Ada pulak yang kate sekadar belanja sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung,bawalah ke hulu,ke hilir.Sedihkan??jika kite x menjage maruah diri kite,kite dipandang hina dan sinis oleh orang lain.
"Masih adekah orang yang x bercinte di zaman serba canggih dan maju nih?..."
Ya,masih ade orang yang suci dalam debu.Golongan ini akan sentiase ade walaupun jumlahnye sikit je..Mereka akan bertemu satu hari nanti.Mereka ade pasangannye,,jangan risau..Firman Allah :
"Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannye serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannye(yang memelihare diri daripade zina)...Allah telah menyediakan bagi mereka semuenya keampunan dan pahala yang besar.."Bagaimana dengan kami??
Al-Ahzab : 35
Kamu masih ade peluang lagi.Bertaubatlah dengan taubat nasuha.Berdoalah serta mintak lah keampunan-Nya.Moholah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya.
Kami ingin bertaubat,kami ingin memdapat redha Allah.Tunjukkanlah bagaimana taubat masuha.
Tengok buku PQS jap,,heheheTaubat nasuha adelah taubat yang murni..Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat nasuha memenuhi 3 syarat :
ok,kat sini saye ade satu doa,,mari kite same-same bace yek??huhu
- Tinggalkan perbuatan maksiat.Putuskan hubungan cinta yang tidak diredahai Allah ini.
- Menyesal.Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjerumus diri dalam lebah perzinaan.
- Berazam.Bertekad di dalam hati x akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seorang yang bername suami atau isteri.Saatnye adelah setelah ijab dan qabul.
Ya allah,hambamu telah tersesat jalan ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini.Sesungguhnya Engakau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.Berilah kekuatan kepadaku untuk mengahadapi godaan keremajaan ini.Anugerahkan kepadeku perasaan benci kepade maksiat.Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.Ibu dan ayah,anakmu ini telah berdosa.Engkau telah menjage diriku dari aku kecil dengan kasih sayang.Mengape aku x membalas kasihmu?Aku malah mencurahkan kasih sayang itu kepade orang lain.Oh tuhan,hamba-mu berdose,,ampunkan dau..........AMIN YA RABBAL ALAMIN~

0 kate-kate:
Post a Comment
Tinggalkan satu komen kat sini pown jadilah ye??sayang awak sume!!hee~