Mahabbah Ala Rasulullah :)

Views
Assalamualaikum dan salam mahabbah akhi wa ukhti.Semalam tengah duduk2 membaca tibe2 mama tanye papa.

Bang,Malam nie abg nak hantar iwan ke??
Ha,buleh je.NAk ikowt??Dengar sekali ceramah Syeikh tu.
Eh,buleh je.Jum2~~

Bile dengar dialog mama dan papa tu ana tutup buku terus gosok baju dan siap2 nak pergi.Mentang2 ke Seremban.Jadi excited la.jauh sikit dari rumah.hehehe.Dari penceritaan abg ana yang selaloo pergi dengar Syeikh tu sampaikan ana jadi bertambah tambah excited dan semacam nak lompat gitu.hehe.tak sabar rasenye nak turut involve dengar.Sampai2 je sana ana tengok ramai je dekat sane.Suasana dekat sana ana buleh kata macam Syurga dunia.hehe.Buleh pulak gitu.Hee.Sebab suasana akhi ukhti semua orang lelaki berpakaian jubah putih.yang perempuannye more kepade baju jubah hitam.Allahu.Nak menangis tengok wajah2 mereka semua putih2 dan suci2 belaka.Rase mereka dekat2 betul dengan Allah.Ana jadi malu dan tertunduk.Malu sesangat walaupun ana berniqab.Tapi ana tahu hati ana tidak seputih dan sesuci mereka.Sedih sekali.Tapi ana bangga ana terpilih untuk sama-sama duduk setaraf dengan mereka walaupun bukan semaqam tapi duduk sama rendah dengan mereka.Dan berdiri sama tinggi dengan mereka.Saat sampai2 tu mmg takde ape yang ana rase melainkan air mata jatuh dengan sendirinye.Ana terkedu,tergamam.ntah camne ek nak describe lagi??Huhu.Masuk je dalam surau tu tibe2 semua pandang ana dengan family ana.Yela betul la tu sebab ana berdiri yang lainnye duduk.mestila mereka2 semua pandang ana.Hehe.Sampai-sampai je dah dengar azan isyak.Kami sampai belum wudhuk lagi.nak wudhuk tapi tak tahu dekat mana tempat ambik air sembahyang.Nak tanye macam malu tapi daripada terlepas solat jemaah nanti baik tanye.hehe.Ana dengan mama pown tanyela seorang muslimah nie.rupa2nya tempat wuduknye dekat dalam surau tu jugak.hehehe.Dah solat isyak selesai semua tibela mase yang ana nanti.Syeikh dari Libya yang berteman dengan Syeikh abg ana.Syeikh nie kan 
sedikit note yang ana buat khas :)                                              
tengok orangnye pown dah Allahurabbi.Berape kali ana ucap SubhanaAllah bile tengok.Hee.dan permulaan kate2nye Allah menusuk hati die buleh kate kami-kami ini tetamu yang dirahmati Allah dan sedang dibelai-belai oleh Malaikat.Allah,Seluruh dewan tu bergema suara Allahuakbar,SubhanaLlah.Meremang seluruh badan,tangan terketar2 dengan laungan tu.Dan syeikh tu terus sambung lagi dengan ceritanya.Sekarang nie saya dah jumpa apa yang saya cari selame ini.Inilah tempatnya dimana seluruh sunnah rasulullah diamalkan disini dan penyebaran ilmu yang cukup mendalam.Penyampaian ilmu bukan sahaja dari sudut pengetahuan tetapi penyampaian dari sudut Akhlak dan tazkiah(pembersihan hati) turut diterapkan.Saya bangga dengan anda semua.Anda membuatkan airmata saya menitis kerana mengenangkan saya pada rasulullah.Andai sahaja rasulullah hidup pada saat ini.pasti Rasululllah bangga dengan anda semua.Sekarang banyak anak-anak muda remaja yang kite lihat ilmu pengetahuan diisi penuh dalam dada tetapi akhlak dan sunnah rasulullah langsung tiade dalam hati mereka bahkan bile kite bertanye tentang sirah rasulullah langsung mereka tidak tahu.Inikah yang dikatakan kecintaan kepada rasulullah.Inikah pengorbanan yang dulunya rasulullah pertahankan dan sampai saat penghujung nyawanya pown menyebut nama kita.Sedih sekali pengorbanan rasulullah sama sekali tidak dihargai.Tidak beriman seseorang itu jika dia tidak meletakkan kecintaan Allah dan rasulullah yang utama.kalau kite benar umat nabi Muhammad letakkanlah asas kecintaan kita kepadaNya dan baginda.Manusia ini ibarat batu pada Allah.Ada yang dihormati dan dimuliakan dan ade yang dilontar kerana keji dan hina.Dihormati ibarat hajarul aswad yang orang sibuk2 untuk menciumnya tak dapat cium cukup dengan melambai.tetapi batu yang dilontar kerana keji dan hina ibarat batu yang dilempar di jamratul aqobah.Melontar kerana mengeji dan menghina syaitan.Macam tula kita diibaratkan kepada Allah.Allah akan memilih seseorang untuk dicintai dan dikasihi,Jadi bersyukurlah anda terpilih oleh Allah.Allahuakbar!!.3 perkara yang menajdi kecintaan Allah adelah rasul,ulama dan ilmu.Bagaimana kita lihat kecintaan Saidina Umar r.a yang mencintai rasulullah.Sadina Umar pernah berkata apalah yang dimuliakan sangat dengan batu hajarul aswad itu sehingga orang sibuk mencium2nya sedangkan batu itu sama sekali tidak bernyawa tetapi kerana cintanya kepada Allah dan rasulullah apabila die lihat rasulullah menciumnya lalu Saidina Umar pown turut menciumnya.Allahurabbi.Sekarang pelajar pelajar belajar hanya sekadar belajar di kelas sahaja.Guru di depan pelajar hanye duduk dengar.Cara penyampaian ilmu yang baik adelah dengan cara musyafahah dan bertalaqqi.Yakni belajar dengan cara duduk berhadapan dengan guru.Belajar secara satu satu dengannya.Bukan dengan cara penyampaian yang sekadar di kelas.Dalam hal atau bab kecintaan,kecintaan ini terbahagi kepada dua yang pertama kecintaan fitrahi dan kecintaan Illahi.Kecintaan fitrahi adelah kecintaan semulajadi yang lahir atau wujud dalam diri manusia yang Allah sampaikan pada setiap yang bergelar manusia.Manakala kecintaan Illahi adelah kecintaan yang utuh atau ketaatan 100% kepada Allah.Kecintaan kepada Illahi hendaklah jauh lebih tinggi dari kecintaan fitrahi.Dan hendaklah kecintaan fitrahi itu berasaskan kecintaan Illahi.Namun hari ni ramai sahaja yang cinta fitrahinya lebih tinggi dari kecintaan kepada Illahi.Sehingga bila seorang anak meninggalkan solat si ayah sama sekali tidak memukul anak kerana cintanya terlaloo mendalam kepada anaknya lebih dari cintanya kepada Allah.Sedangkan dia lupa siapa yang memberi cinta fitrahi(anak) itu kepadanya.Kita lihat sewaktu zaman nabi Ibrahim dan nabi Ismail.Peristiwa pengorbanan.Kenapa Allah menyuruh Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya??kerana Allah tahu nabi ibrahim sangat menyayanginye anaknya nabi Ismail.Lalu Allah berniat untuk menguji dengan menyuruh nabi Ibrahim menyembelih anaknya.Dan disampaikan berita itu kepada anaknya nabi Ismail.Nabi Ismail tidak seperti anak-anak yang lain.Dia sungguh berbeza.Allahuakbar.Die merelakan perbuatan itu kerana dia percaye akan Allah.Lalu saat Nabi Ibrahim ingin menyembelih ternyata ditukarNya dengan seekor kibas.Maka pada hari ini kite disuruh untuk berkorban.Bagi mengingati pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail dan kecintaanye yang tinggi kepada Allah.Allahuakbar.Dan ape yang membuat ana bertambah excited sesangat biile diijazahkan sanad kurma dan air kosong.Dimana dalam dewan tu kena sama-sama makan kurma dan air kosong dan sambil dengar hadis tentang nabi suka menjamu tetamu yang datang ke rumah dengan tamar dan air kosong.Hee.Jadi mungkin itu saje penyampaian yang ana buleh ceritakan dekat sini.Moga anda-anda semua mendapat manfaatnya.InsyaAllah ~~~

-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~

2 comments:

Tinggalkan satu komen kat sini pown jadilah ye??sayang awak sume!!hee~