Pelangi Di Petang Hari

Views
Terkadang lain yang diminta lain pula yang mendatang.Itulah perancangan Allah yang tersusun rapi buat semua hambaNya.Namun yakin dan percaya Dia Maha Tahu ape yang terbaik buatmu.Allah's knows everything right?Assalamualaikum dan salam ceria2 dari ana insan kerdil.Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menaip kata-kata cinta kepadaNya.Semoga perjuangan kita semua mendapat redahNya.Allahummasolliala Muhammad Waala alihi wasohbihi wabarik wassalam.Allah..Allah..Masih pagy lagi dekat tempat ana nie tapi dah galak nak bangun nak cergaskan rohani dan jasad.

                                            
Dalam keadaan sedang duduk depan laptop nie sambil makan dan goyang2 kaki sebab makan coklat.lalalala.Ok sebenarnya ana nak bercerita seperti tajuk post ana kali ni.Erm ,dulu ana nekad dengan setiap perjuangan ana.Ana kata takpalah ana merancang dan Allah jua merancang.Tapi perancangan Dia jauh lebih baik dari perancangan ana.Who's knows right?Sekarang ana dah tahu.Kadang2 ana tertanye2 kenape ye jalan takdir hidup ana dicoretkan macam ni dan macam ni tak seperti sahabiah2 yang lainnya.Terkadang sedih selaloo timbul dalam diri bila pergantungan kepada Allah jatuh beribu batu.Allahurabbi.Ok sebelum tu ini kisah nyata.Tapi ana tak nak ini dianggap sebagai satu tanggapan yang negatif buat semua.Ini kisah ana.Ye kisah ana.Dahulunya ana seorang pelajar matrik,bahkan bekas je pown.Ana rase adela sebulan je ana duduk dekat matrik.Tapi gara2 perancangan Allah itu Maha Hebat jadinye ana kenalah ikowt perancangan Dia.Hehe.Ditakdirkan ana keluar dari matrik kerana keadaan rohani yang membuat ana terpakse keluar dari “rumah” itu.Cukup ana katakan ana ade masalah di situ.Ana tak nak cerita lebih lebih.Cukup sekadarnya sahaja.Ok bila terpakse keluar mula rasa sedih lantaran diri tak cukup kuat bila melihat rakan rakan yang lainnya sihat walafiat dapat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan happy2 sekali.Hari hari nangis seolah olah mahu sahaja menolak takdir.Tapi inilah yang dikatakan Suratan Takdir.Ramai yang menyangka ana keluar dari situ atas alasan ana tak buleh nak bawak pelajaran dekat matrik.Takpela kalau mereka menyangka begitu dan ramai yang melafazkan kata-kata Ya Allah,sayangnye..Kenapela keluar.Tak buleh ke tahan sikit.Wow,menusuk2 ayat tu dalam jiwa.Ana cuma kata ketentuan Allah.hee.Setelah 3 bulan penyakit yang ada didapati sembuh sedikit demi sedikit tiap tiap hari ana paksa mama carikan ana tempat belajar.Tiap-tiap hari ana menangis sebab ana tak dapat belajar.Ya Allah ingat balik saat tu rasa tak mau lagi perkara tu berulang dalam hidup.Sakit sangat-sangat sakit.Tapi mama memang wonderful women la dan buleh kata Super Duper Mama.Sanggup berjaga malam duduk di tepi katil sampai tertido2.Celik2 mata mama,celik2 mata mama.Allahurabbi.Inilah pengorbanan seorang insan yang bergelar mama.Saya menghormatimu kerana Allah.Jadi atas usaha dan sakit yg semakin berkurang ana pergi ke sekolah untuk mendaftar sebagai pelajar tingkatan 6 rendah di sebuah sekolah.Pergi dengan mama.Sampai2 dekat sekolah tu muka ana macam kera dapat bunga tersengih2 tak tentu pasal.hehe.sebabnya ana excited nak belajar balik.Tapi langit itu tak selaloonye cerah.Kadang2 mendung,mendung dan terus mendung tapi akhirnya pelangi yang sangat indah muncul menyinari kehidupan.Ana dan mama berjumpa dengan guru tingkatan 6 rendah.Dia tengok result ana.Dan die terus berkata.

Awak tak layak belajar dekat sini.Result awak bagus kenape nak belajar tempat yang macam nie.Paling-paling pown aliran yang awak nak ambik nie pown akan tutup dalam masa 2 tahun lagi.Tak payahla.Awak masukla tempat yang selayaknya.

Somehow akhi ukhti cuba bayang perasaan ana tyme tu?Ya Allah sedih terlampau-lampau.Sampai2 ana nangis depan cikgu tu dan mama.Lagi sadisnya bile mama dengan ana sambil berpelukan.Dan mama pown nangis.Kami sama2 nangis dalam bilik tu depan cikgu tu.Ana tahu cikgu tu nak yang terbaik buat ana.Cumanya ana terkilan yang amat bile dia sanggup berkata-kata seperti itu.Ya Allah,ya Rabbi.Allah saja yang tahu perasaan ana.Mama pujuk ana dan mama kata insyaAllah ada tempat yang jauh lebih baik buat kakak.Sabar ye??Malam tu tidor bertemankan mama.Sebabnya sedih yang amat.Waktu tu ana tahu sape kawan sape lawan.Tyme tu la ana tahu baik buruk seseorang dan yang mana yang ikhlas berteman.Tak lama macam tu adela lebih kurang 2 bulan jugak rasenye duduk dekat rumah lagi dan ana dapat tawaran belajar dekat IYCM(under Unirazak).Tapi bila tengok tempat tu mama siap suruh ana buat pilihan lagi.Mama kata kak,kalau kau nak keluar kita masih ade masa lagi.Betul2 buat keputusan.Nekad ke nie??Ana pown kate eh,takde apala.ok ja.InsyaAllah yang terbaik nie.Takpe2,.kakak ok je.(sambil sengih2).MAma takowt sebab bile tengok situasi dekat situ.Yela kolej swasta.Paham2 jela kan.hee.Erm,hari-hari pown berlaloo dan ana jalani hidup dengan baik di situ.Berjumpa dengan teman-teman yang Awesome.Alhamdulillah.Tapi sekarang bila ana habis ana tertunduk dan terpikir apa hikmahnye ana belajar di situ.Sebab tak banyak dapat tolong ana untuk masuk U lain.Macam2 masalah.Mama pown sampai kate rugi je masuk tempat macam tu.Tapi ana tak nak berasa rugi dan ana carik satu alasan yang ana rasa ade hikmahnya.Ana rupa2nya dihantar Allah untuk jadi penggerak agama ditempat tu.Allahurabbi.Nak menitis bila dengar mama kata macam tu dekat ana.Alhamdulillah.Keberadaan ana di situ adelah untuk menarik sahabat-sahabat ana dekat denganNya.Allahu.Alhamdulillah ana punye sahabat yang banyak sudah berubah dari awal perkenalan dulu.Memang ana tak kata ana yang ubah mereka.Tapi mereka yang mengubahnya sendiri.Kan Allah dah kata Allah takkan ubah nasib hambaNya kalau dia sendiri tak berusah untuk mengubahnya.Dari sahabat ana yang free hair sudah bertudung.dari yang bertudung pendek bertudung labuh.dari yang tak tahu agama jadi seorang yang pengertian tentang agama.dari seorang yang free hair kepade seorang yang berniqab.Ana tak bangge dengan diri ana tapi ana bangge kalau sikap ana mampu merubah pemikiran mereka untuk berubah.Semoga Allah redha akan setiap langkah perubahanmu.Aamiin Ya Rabb.Dan inilah satu nikmat yang ana rasa sangat-sangat besar dari Allah buat ana.Alhamdulillah.Inilah pelangi yang ana tunggu dari mendungnya awan.Takpe “rugi” sedikit dekat dunia yang penting tak rugi di akhirat.Tabarakallah.Allahuakbar.

#Maafkan Ana Andai Melebihi Dari Hadnya.Only Allah knows my real intention. :)

-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~

4 comments:

  1. iskiskk T.T . Nak nangis ade jugaaak . huuuuuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. nangis le,nangis le.nie sediakan bahu.hehehe >.<

      Delete
  2. Ana faham apa yang ukhti rasakan....kerana ana mengalami perkara yang hampir serupa dengan ukhti :) semoga terus berjaya,insyaAllah.. -muslimah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.Syukran sayang <3 ~~~ MOga Allah merahmatimu <3 ~~

      Delete

Tinggalkan satu komen kat sini pown jadilah ye??sayang awak sume!!hee~