yakinlah Allah bersam kita^_^

Views in the sake of Allah kaifa haluka ya akhi ya ukhti???salam jumaat semuanya..Alhamdulillah..lama rasenye tak update blog ney ekoran dari kesibukan yang melampau..ceh,,takdelah sibuk sangat tapi sibuk sikit tuh adela..oke2..ana nak mulakan post kali nih dengan seuntai kata..
"dalam untaian kalam,aku menutur kata,bicara tarbiah Tuhan diutus dengan ujian..terkadang merasa hidup tidak mempunyai teman,namun aku terharu dan sebak berselimutkan rimbunan kasih Tuhan,tatkala aku meronta akan kesedihan,jiwa semakin mencari2 cahaya ketenangan ,tiada tempat untuk diadukan ,hanya Allah sebaik2 teman,saat aku diuji dengan kesabaran..di ufuk keimanan ku bisa membisikkan,rinthanmu demi rintihanmu diperhati Tuhan,tiada yang lebih Tuhan rindui melainkan mendengarkan rintihan..sabar dan redha kunci kemenangan,pahala yang besar itulah jaminan Tuhan.."


Allah ada bersama kita!
Ketika manusia lain berjalan sambil berteman, kita memandangnya dengan bahagia. Kata kita: alangkah bahagianya mereka mempunyai teman bicara.
Ketika manusia lain memandang kita dengan perasaan pesimis terhadap apa yang kita pegangi,kita bersedih hati. Kata kita: aku kini sudah tidak punya siapa-siapa lagi!.
Bertenanglah! Allah bersamamu!

kita tak pernah sendirian..Allah selaloo ade dengan kite..hee <3
 


Sahabat!!ana pernah disinis dan dipandang hina oleh sahabat2 apabila ana berimej sebegini..bertudung labuh..ana sangat2 terasa bila mereka memikirkan bertudung labuh ni adelah sesuatu yang kolot dan tidak up to date..bila ada sesuatu aktiviti kadang2 ana akan dipinggirkan dek ekoran dari bertudung labuh tidak sesuai dengan aktiviti yang lasak dan mencabar..tapi ana terima..bagi ana tidak mengapa di dunia ana tak dapat ikowt serta aktiviti2 macam tuh asalkan di mata Allah ana adelah yang terbaik..insyaAllah..
Dan untuk pertama kali ana dipandang sinis oleh sebahagian 
sahabat sekelas ana. Kata mereka, ana tidak up-to-date a.k.a 
jumud! 


Sahabat!
Peribadi ana juga pernah diserang apabila ana menetapkan pendirian bahawa ana tidak mahu berkongsi kereta dengan kawan lelaki ana. Maksudnya, kawan lelaki menjadi pemandu untuk ana dan sahabat lain ke perpustakaan di Bandar untuk membuat sedikit research. ana tolak. ana tidak mahu ana ada rekod itu. dan ana ambil jalan mudah tanpa menyusahkan sesiapa dengan menaiki van. Selesai masalah!
Namun, ada suara sumbang mengatakan ana ini jumud lagi. marah-marah. ana pun tidak tahu kenapa mereka emotional apabila ana memilih jalan yang ana pilih.

Sahabat!
Ana juga pernah disindir oleh ‘orang besar’ persatuan fakulti ana setelah memberi pandangan terhadap attitude sebahagian Flairians ketika itu di dewan kuliah utama. Ana hanya mampu tersenyum untuk tidak menangis. Ketika itu juga, tiada seorang pun menyambut komentar ana itu dengan sokongan secara zahir. Sepertinya ana bersendirian ketika itu tanpa sebarang kekuatan dari teman-teman.

Sahabat!
Ketika peristiwa demi peritiwa tersebut menghujani diri ana, ana berasa sangat sedih. Terasa diri ana ini tidak punya siapa-siapa. ketika air mata ana jatuh, entah mengapa satu perasaan yang mendamaikan terbit. Bagaikan jasad sa ana bersendirian namun terasa hadirnya Allah mendengar curahan hati ana. Lantas, ana tekadkan bahawa biarlah ana berpegang kepada apa yang ana pegang selama ini asalkan benar di hadapan Allah. Biarlah manusia mengungkapkan kata-kata nista asalkan Allah redha.

Sahabat!
Yakinlah bahawa Allah bersamamu di saat manusia mencemuhmu. Yakinlah bahawa Allah bersamamu ketika engkau berjalan sendirian tanpa sahabat. Yakinlah bahawa Allah adalah sebaik – baik penolong di saat dirimu memerlukan pertolongan.


Yakinlah!

Yakinlah pada Allah!

Yakinlah!!

-Thank you sudi bace post Azra,,komen sekali yok!!hee~

3 comments:

  1. tabahnya hati mu wahai muslimah... :)
    insyaAllah setiap ap yang dirancang oleh Allah adalah yang terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah doakan hati ana semoge setabah dan sekuat iman sumayyah..insyaAllah ameen<3

      Delete
  2. same goes here my darl..semoga Allah sntiasa memberi kekuatan kepada kita kerana menegakkan agamanya..insyaAllah.. msih rmai lagi yg ingin berteman dgn anda. wlaupun jauh, tp dihati.. klu rase diri kesunyian dn keseorngn, tw mne nk cari temnmu ini kn.. anytime..insyaAllah..

    ReplyDelete

Tinggalkan satu komen kat sini pown jadilah ye??sayang awak sume!!hee~